Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487926
Title: | Pembangunan dan penilaian perisian didik hibur secara mobile 'm-edutainment' untuk pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah |
Authors: | Melvina Chung Hui Ching (P53848) |
Supervisor: | Norazah Mohd Nordin, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Bahasa Melayu Interactive multimedia |
Issue Date: | 30-May-2018 |
Description: | Kajian ini dijalankan untuk membangunkan perisian yang berkonsepkan didik hibur melalui peranti mudah alih atau telefon pintar, di samping perisian ini dijadikan sebagai bahan sokongan pembelajaran bagi tatabahasa Bahasa Melayu untuk tajuk penjodoh bilangan. Didik hibur amat ditekankan dalam KSSR kerana sangat sesuai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana murid dapat belajar dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Kajian ini turut mengenal pasti keperluan murid, mereka bentuk dan membangunkan, serta menilai perisian dari dua aspek, iaitu minat murid terhadap perisian m-edutainment dan kebolehbantuan perisian medutainment kepada murid dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini terdiri daripada kajian pembangunan perisian dengan berpandukan model berarahan ADDIE dan penilaian yang menggunakan kaedah kajian kuantitatif yang diperkayakan dan disokong dengan kajian kualitatif. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada 82 orang murid tahun empat yang belajar di sebuah sekolah aliran jenis kebangsaan di daerah Bintulu, Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tinggi terhadap minat murid terhadap perisian m-edutainment untuk pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu dan kebolehbantuan perisian m-edutainment sebagai bahan pembelajaran sokongan kepada murid di luar waktu persekolahan. Hasil dapatan temu bual yang dijalankan terhadap 6 orang murid juga memberikan maklum balas yang positif dan selari dengan dapatan kajian kuantitatif, manakala hasil temu bual daripada 3 orang guru Bahasa Melayu turut menyokong dapatan kajian. Sumbangan keseluruhan kajian ini terhadap pembangunan perisian m-edutainment adalah dapat membantu menarik minat murid dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 315 |
Call Number: | LB1028.55.C498 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101387+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.