Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487922
Title: | Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah ke atas pencapaian pelajar, motivasi belajar, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sosial pelajar |
Authors: | Lisa Agustina (P71510) |
Supervisor: | Nor Aishah Buang, Prof. Dr. |
Keywords: | Problem-based learning |
Issue Date: | 24-Nov-2017 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap motivasi belajar, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran sosial dan pencapaian mata pelajaran Ekonomi di kalangan pelajar sekolah menengah berbanding kaedah konvensional. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar selepas didedahkan dengan kaedah PBM. Kajian eksperimen kuasi ini menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan tidak serupa, yang telah dilaksanakan selama 10 minggu dengan melibatkan seramai 80 orang pelajar Ekonomi Asas tingkatan empat di SMAN 1 Unggul Baitussalam, Daerah Aceh Besar. Bilangan sampel ini dibahagikan menjadi dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, dengan bilangan pelajar masing-masing seramai 40 orang. Dalam kajian ini, pelajar dalam kumpulan rawatan mengikuti pembelajaran dengan menggunakan modul pembelajaran berasaskan masalah untuk pelajar Ekonomi sekolah menengah (PBM-PESM), manakala pelajar kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran secara konvensional. Modul ini dibina berasaskan lima fasa PBM, iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan atau pembinaan, fasa pelaksanaan dan fasa evaluasi, yang dipanggil model ADDIE. Statistik deskriptif yang digunakan bagi menjawab soalan kajian adalah kekerapan, peratus, skor min dan sisihan piawai, manakala statistik inferensi ujian-t berpasangan, ujian-t tak bersandar, ANOVA dan MANOVA digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pencapaian, motivasi belajar, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sosial pelajar dalam kumpulan rawatan mengalami peningkatan yang ketara setelah didedahkan dengan pembelajaran yang menggunakan kaedah PBM, manakala pelajar dalam kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional hanya mengalami sedikit peningkatan. Hasil analisis ujian MANOVA juga menunjukkan terdapat kesan utama kumpulan terhadap konstruk kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Terdapat kesan utama kumpulan terhadap konstruk kemahiran sosial. Pada masa yang sama, hasil kajian juga mendapati terdapat kesan interaksi antara kumpulan, tahap pencapaian pelajar dan kelulusan akademik pelajar terdahulu terhadap konstruk kemahiran sosial. Hasil analisis soal selidik mengenai persepsi pelajar selepas mengikuti PBM mendapati bahawa tahap persepsi pelajar terhadap kesan penggunaan kaedah PBM berada pada tahap tinggi. Analisis kualitatif soalan terbuka mengenai pandangan pelajar selepas mengikuti PBM menunjukkan bahawa selain berjaya meningkatkan pencapaian, kaedah PBM juga dapat meningkatkan motivasi belajar, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial di kalangan pelajar. Kaedah PBM juga telah merubah suasana belajar menjadi lebih menyenangkan. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah PBM telah memberi kesan positif ke atas pencapaian, motivasi belajar, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial pelajar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 293 |
Call Number: | LB1027.42.L537 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100542+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 368.65 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.