Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487919
Title: Pembangunan dan penilaian model amalan akhlak guru pelatih Muslim di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Authors: Fairuzzah Harun (P66571)
Supervisor: Mohd Isa Hamzah, Dr.
Keywords: Islam -- Study and teaching -- Malaysia
Issue Date: 19-Feb-2018
Description: Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai model amalan akhlak guru pelatih Muslim di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan rekabentuk dan pembangunan (Design and Development Research Approach) yang dipelopori oleh Richey dan Klien (2007) untuk membangun dan menilai model. Fasa pertama kajian bertujuan mengenal pasti keperluan pembangunan model amalan akhlak guru pelatih Muslim di IPG. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan yang menggunakan kaedah temu bual yang telah dijalankan kepada 5 orang pensyarah dan 7 orang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia sebagai peserta kajian untuk mengenal pasti permasalahan akhlak Guru Pelatih Muslim di IPG, keperluan membangunkan model amalan akhlak guru pelatih Muslim dan elemen-elemen yang diperlukan bagi model tersebut. Data yang diperoleh dianalisis melalui kaedah perbandingan berterusan dengan menggunakan perisian Atlas- ti versi 7. Fasa kedua pula dilaksanakan bagi mereka bentuk dan membangunkan model amalan akhlak guru pelatih Muslim di IPG. Kaedah Fuzzy Delphi telah dipilih melibatkan seramai 13 orang pakar untuk mendapatkan persetujuan, kesepakatan dan kesahan terhadap konstruk model yang dibangunkan. Kesepakatan dan kesahan tersebut berdasarkan respon pakar terhadap soal selidik yang terdiri daripada 7 skala Likert. Nilai threshold 'd', nilai kesepakatan pakar dan nilai defuzzification dihitung untuk menentu sahkan konsensus pakar terhadap semua item yang terdapat dalam soal selidik. Seterusnya, fasa ketiga bertujuan menilai kebolehgunaan model amalan akhlak guru pelatih Muslim di IPG. Pengkaji telah melibatkan 380 responden yang terdiri daripada guru pelatih Muslim semester 6 di IPG seluruh Malaysia. Dapatan fasa pertama menunjukkan wujud permasalahan akhlak dalam kalangan guru pelatih Muslim dan perlunya kepada model amalan akhlak guru pelatih Muslim dibina. Dapatan kajian fasa pertama juga menunjukkan terdapat 3 elemen dan 11 sub elemen bagi membangunkan model amalan tersebut. Dapatan kajian Fuzzy Delphi menunjukkan pakar telah bersetuju dan mencapai kesepakatan terhadap sembilan domain amalan akhlak manakala dua faktor pendorong amalan akhlak, faktor pengawasan kendiri dan faktor persekitaran, juga telah disepakati oleh pakar. Dapatan kajian kebolehgunaan menunjukkan konstruk- konstruk model adalah sah dan dipercayai. Dapatan juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan di antara konstruk pengawasan kendiri dan persekitaran terhadap konstruk amalan akhlak. Seterusnya, dapatan juga menunjukkan konstruk pengawasan kendiri lebih mempengaruhi konstruk amalan akhlak guru pelatih Muslim berbanding konstruk persekitaran. Akhirnya, satu model amalan akhlak guru pelatih Muslim di IPG dihasilkan. Model ini mengusulkan sembilan konstruk amalan akhlak yang disokong oleh dua faktor iaitu pengawasan kendiri dan persekitaran dalam membangunkan amalan akhlak guru pelatih Muslim di IPG secara holistik.,Ph.D.
Pages: 448
Call Number: BP43.M4F335 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100296+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.