Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487910
Title: Kefahaman dan amalan penerapan pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam sekolah menengah
Authors: Nursafra Mohd Zhaffar (P76055)
Supervisor: Mohd. Isa Hamzah, Dr.
Keywords: Pemikiran kritis
Critical thinking in adolescence
Issue Date: 11-Oct-2017
Description: Pemikiran kritis sangat penting dalam Pendidikan Islam kerana ia mengajar murid untuk membina pegangan hidup mereka sebagai Muslim. Proses pemikiran ini termasuk menterjemah prinsip-prinsip Islam dan meneliti serta membuat pertimbangan yang sesuai ketika menghadapi saat kritikal dalam kehidupan seharian mereka. Namun, kemahiran berfikir dan sistem Pendidikan Islam dilihat tidak berjalan seiring berbanding subjek berbentuk saintifik dan teknologi. Apatah lagi, konsep pemikiran kritis pada hari ini dicorakkan oleh pandangan alam (worldview) Barat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap konsep pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam serta kepentingannya. Selanjutnya, melihat pelaksanaan amalan penerapan pemikiran kritis dikaji dalam konteks pengajaran di bilik darjah. Faktor-faktor pendorong dan kekangan dalam melaksanakan amalan penerapan ini juga diteliti secara mendalam. Kajian ini berbentuk kajian kes, dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. 7.5.15. Seramai enam orang GPI yang berkhidmat di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Manakala, data temu bual daripada enam orang rakan guru dan 16 orang murid juga diperoleh sebagai triangulasi. Kajian mendapati GPI mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap konsep dan kepentingan pemikiran kritis, serta mampu menerapkannya dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam. GPI didapati melaksanakan penerapan pemikiran kritis melalui strategi penstrukturan pengajaran, penyoalan, maklum balas dan permodelan. Dapatan mengenai pelaksanaan penerapan ini menunjukkan keselarian antara kefahaman guru dengan pelaksanaannya di bilik darjah. Kejayaan GPI melaksanakan proses penerapan pemikiran kritis dalam pengajaran dipengaruhi oleh faktor-faktor pendorong yang terdiri daripada faktor personal dan faktor persekitaran. Namun demikian, kajian turut mendapati GPI menghadapi kekangan untuk melaksanakan penerapan secara maksima dan berterusan dalam pengajaran. Kekangan tersebut berupa kekangan dari aspek masa untuk persediaan pengajaran dan proses pengajaran yang bercorak kritis, kekurangan ilmu dan kemahiran guru, karakter murid, kemudahan yang terhad serta persekitaran kelas yang kurang merangsang pemikiran kritis murid-murid di sekolah kajian. Kajian ini menghasilkan cadangan model pengajaran Pendidikan Islam berasaskan pemikiran kritis yang bersifat praktikal dan memenuhi keperluan semasa, di samping turut memberikan implikasi kepada polisi melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Perguruan (IPG) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), implikasi terhadap amalan pihak sekolah dan juga guru.,Ph.D.
Pages: 404
Call Number: LB1027.23.N837 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99801+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
124.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.