Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487908
Title: Pembangunan dan penilaian modul pengajaran sains (E-SMART) berasaskan pendekatan konstruktivisme bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid tingkatan 2
Authors: Khairulhasni Abdul Kadir (P61100)
Supervisor: Norazah Mohd Nordin, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Modul pengajaran
Science -- Study and teaching
Issue Date: 15-Nov-2017
Description: Pendidikan di abad ke 21 memerlukan murid memiliki pelbagai kemahiran agar mereka dapat menyesuaikan diri bagi mendepani masalah dan cabaran dalam era globalisasi. Oleh itu, setiap murid perlu diberi peluang untuk menguasai pelbagai kemahiran tersebut termasuklah kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir kreatif dalam pendidikan sains berupaya mendorong murid mengaplikasikan pengetahuan bagi menghadapi sesuatu situasi dalam dunia sebenar. Namun, penerapan kemahiran berfikir kreatif kurang ditekankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, menyebabkan pemikiran kreatif murid tidak dapat dikembangkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul pengajaran sains secara dalam talian berasaskan pendekatan konstruktivisme untuk membantu guru mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid. Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Reka bentuk dan Pembangunan (Design and Developmental Research) melibatkan tiga fasa utama iaitu (1) Fasa Analisis Keperluan, (2) Fasa Reka bentuk dan Pembangunan, dan (3) Fasa Pelaksanaan dan Penilaian. Pengguna sasaran modul ini ialah guru sains sekolah menengah. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan menggunakan protokol temu bual berstruktur ke atas sembilan orang guru sains yang dipilih secara bertujuan, manakala borang soal selidik diedarkan kepada 220 orang murid tingkatan dua sekolah menengah daerah Hulu Langat. Dapatan kajian digunakan bagi menentukan keperluan dan spesifikasi untuk membangunkan modul. Fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan penyediaan bahan kandungan modul, semakan pakar dan penilaian pakar. Reka bentuk aktiviti kandungan modul dibuat berdasarkan analisis keperluan, teori dan model, kajian literatur dan analisis dokumen. Dalam fasa pelaksanaan dan penilaian, pengujian kebolehgunaan ke atas modul dilakukan di dua buah sekolah melalui ujian lapangan. Dua orang guru dipilih secara bertujuan bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran modul dalam bilik darjah sebenar. Seramai 40 orang murid dari dua buah sekolah terlibat bagi tujuan pengambilan data kuantitatif iaitu soal selidik dan ujian pra-pasca. Selain itu, pengumpulan data kualitatif dilakukan melalui temu bual berfokus ke atas 10 orang murid, catatan refleksi melibatkan 20 orang murid dan hasil lembaran kerja enam orang murid dinilai. Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan modul yang dibangunkan dapat membantu guru menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid bagi menguasai konstruk kemahiran menjana idea, menghubungkait dan menganalogi. Kajian ini juga dapat memberikan maklumat berguna tentang penggunaan analogi bagi merangsang pemikiran kreatif murid melalui aktiviti modul yang dijalankan. Produk kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dari aspek penerapan kemahiran berfikir kreatif murid dan pengembangan penguasaan kognitif murid seiring dengan kepesatan pembelajaran abad ke 21.,Ph.D.
Pages: 412
Call Number: LB1062.K493 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99799+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
21.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.