Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487906
Title: | Reka bentuk dan pembangunan indeks integrasi ICT dalam pendidikan berasaskan web untuk sekolah menengah di Malaysia |
Authors: | Abdul Manan Kasdi (P42843) |
Supervisor: | Norazah Mohd Nordin, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Reka bentuk Educational technology -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Aug-2018 |
Description: | Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pentaksiran berasaskan bukti sebagai asas untuk menilai pelaburan penting yang berpotensi dalam ICT. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk, membangun dan menilai kebolehgunaaan Indeks Integrasi ICT dalam Pendidikan Berasaskan Web (WI-ICTed) untuk sekolah menengah di Malaysia. Metodologi kajian melibatkan empat reka bentuk iaitu i) kajian literatur bagi mengenal pasti konstruk; ii) teknik Delphi bagi pembangunan indikator WI-ICTed; iii) pembangunan sistem bagi pembangunan web WI-ICTed; dan iv) kaedah tinjauan bagi mengenalpasti kebolehgunaan web WI-ICTed dan tahap integrasi ICT sekolah menengah. Daripada dapatan analisis keperluan dan kajian literatur, lima konstruk telah dikenal pasti menjadi asas WI-ICTed iaitu Kepimpinan dan Pengurusan, Pengajaran dan Pembelajaran, Pembangunan Profesional, Keluarga dan Komuniti serta Sumber. Berdasarkan konstruk tersebut 34 item soal selidik telah dibina untuk menjadi indikator WI-ICTed yang dinilai oleh tiga panel pakar ICT dalam pendidikan menggunakan tiga pusingan Teknik Delphi dan memperoleh konsensus yang tinggi bagi kesahan item. Seterusnya, web WI-ICTed dibangunkan. Penilaian kebolehgunaan web WI-ICTed dilakukan oleh penilai pakar web dan pengguna akhir. Sebanyak 486 buah sekolah menengah harian di setiap daerah dan negeri di seluruh Malaysia dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik WI-ICTed secara dalam talian. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian bagi penilaian kebolehgunaan web menunjukkan web WI-ICTed adalah pada tahap sangat baik. Tahap integrasi ICT dalam pendidikan menunjukkan di sekolah menengah berada pada tahap rendah bagi Konstruk Sumber serta Keluarga dan Komuniti. Manakala konstruk Kepimpinan dan Pengurusan, Pengajaran dan Pembelajaran, dan Pembangunan Profesional, tahap integrasi ICT dalam pendidikan di sekolah menengah harian berada pada tahap sederhana. Implikasi kajian ialah WI-ICTed mempunyai standard indikator yang boleh digunakan menentukan tahap dan penanda aras kepada integrasi ICT dalam pendidikan di Malaysia.,Ph.D. |
Pages: | 323 |
Call Number: | LB1028.43.A236 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99797+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 108.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.