Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487904
Title: Pendekatan kajian pengajaran dalam pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran bahasa Melayu
Authors: Nur Ain Elzira Abdullah (P66592)
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr.
Keywords: Bahasa Melayu
Malay language -- Study and teaching
Issue Date: 3-Jan-2018
Description: Kajian ini meneroka kefahaman dan persepsi guru tentang Kajian Pengajaran sebagai Pembangunan Profesionalisme Berterusan. Selain itu, kajian turut meneroka kaedah guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian melalui pendekatan kajian pengajaran untuk penambahbaikan amalan pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menggabungkan konsep dan prinsip dalam Teori Konstruktivisme, Kajian Pengajaran, Model Slavin, Model Glaser, serta Model Standard Guru Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kes kualitatif yang melibatkan dua belas guru Bahasa Melayu daripada enam buah sekolah menengah di Sarawak. Peserta kajian dipilih secara pensampelan bertujuan. Data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Instrumen kajian terdiri daripada protokol temu bual, senarai semak pemerhatian, dan senarai semak analisis dokumen. Secara keseluruhan, kajian ini telah menjalankan pemerhatian terhadap pelaksanaan kitaran KP sebanyak 120 kali. Proses pengumpulan data mengambil masa lebih kurang sembilan bulan. Kesahan dan kebolehpercayaan data kajian dinilai melalui proses kajian rintis, triangulasi data, pengesahan peserta kajian, penilaian rakan, jejak audit, catatan nota lapangan serta berasaskan nilai indeks persetujuan Cohen Kappa oleh tiga panel pakar, iaitu 0.89. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti versi 7.5.16 secara koding terbuka dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Hasil analisis mendapati kajian pengajaran memberi penambahbaikan dalam aspek menulis dan mengaplikasikan RPH, strategi pelaksanaan aktiviti, serta strategi pentaksiran dan penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya, pendekatan kajian pengajaran turut memantapkan pengetahuan pedagogi dan kandungan, peningkatan kualiti perkongsian ilmu, pembudayaan amalan kolaboratif, serta peningkatan profesionalisme guru. Dapatan kajian didapati memberi implikasi terhadap perkembangan ilmu dan teori, serta institusi bahasa. Sumbangan kajian juga memberi nilai tambah kepada penggubal dasar, sorotan literatur serta amalan dalam PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu. Akhir sekali, dapatan kajian mencadangkan dua model pengajaran, iaitu Model Kajian Pembelajaran dan Pemudahcaraan, serta Model Pembelajaran dan Pemudahcaraan Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Model tersebut dicadangkan sebagai panduan untuk penambahbaikan amalan pengajaran guru dan hasil pembelajaran murid.,Ph.D.
Pages: 430
Call Number: LB1027.N833 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99796+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.