Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487902
Title: Kesan bimbingan kelompok menggunakan Modul Kesejahteraan Diri Mualaf (MKDM) terhadap kesejahteraan diri di Selangor
Authors: Azammuddin Zainuddin (P50983)
Supervisor: Salleh Amat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kesejahteraan
Mualaf
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 26-Oct-2017
Description: Aspek kesejahteraan diri mualaf berkait rapat dengan masalah pertukaran agama terutama faktor persepsi diri mualaf, emosi, kewangan, pendidikan agama, hubungan kekeluargaan dan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah persepsi dan hubungan yang menganggu kesejahteraan diri mualaf. Kajian ini juga melihat keberkesanan modul kesejahteraan diri mualaf untuk meningkatkan tahap kesejahteraan diri kalangan mualaf di Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan dua fasa. Fasa pertama ialah kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual. Fasa kedua melibatkan penggunaan kaedah kuasi-eksperimen yang melibatkan seramai 30 orang subjek bagi kumpulan kawalan dan 30 orang subjek kumpulan eksperimen. Ujian kesejahteraan diukur menggunakan instrumen The Five Factor Wellness Evaluation of Lifestyle (5F-WEL) yang diterjemah ke bahasa Melayu. Data kualitatif dari fasa pertama telah dianalisis menggunakan perisian NVivo 10. Ujian T telah digunakan dalam fasa ke dua untuk menganalisis data kuantitatif. Terdapat lima faktor, 10 Tema persepsi kesejahteraan diri mualaf dan 36 subtema yang diperoleh daripada data kualitatif. Data yang diperolehi juga menunjukkan bahawa kesejahteraan diri mualaf wujud apabila segala keperluan kehidupan mereka dipenuhi serta diterima oleh keluarga dan masyarakat. Masalah utama yang dikenal pasti ialah masalah kerjaya, kewangan, hubungan dengan keluarga dan rakan, tempat tinggal dan ancaman keselamatan. Dapatan juga menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap kesejahteraan diri mualaf bagi kumpulan kawalan dan eksperimen. Modul yang digunakan didapati memberi kesan peningkatan terhadap tahap kesejahteraan diri mualaf. Dapatan kajian merusmuskan Modul Kesejahteraan Diri Mualaf patut diguna pakai oleh pengendali golongan mualaf, kaunselor, pembimbing dan pendakwah untuk membantu mualaf menyelesaikan masalah dalaman.,Ph.D.
Pages: 330
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99227+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.