Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487901
Title: Hubungan amalan pengajaran guru dengan kebolehan membaca, menghafaz dan memahami ayat al-Quran dalam Tilawah al-Quran Pendidikan Islam sekolah rendah
Authors: Rozita Md. Noh (P47736)
Supervisor: Mohd. Aderi Che Noh, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pengajaran
Kemahiran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 15-Mar-2018
Description: Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan tiga kemahiran khusus untuk bahagian Tilawah al-Quran iaitu kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat dan memahami ayat. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan pengajaran Tilawah al-Quran di sekolah rendah berdasarkan persepsi guru serta mengenal pasti hubungan amalan pengajaran berdasarkan persepsi murid dengan ketiga-tiga kemahiran tersebut dalam kalangan murid di sekolah rendah negeri Selangor. Amalan pengajaran terbahagi kepada empat komponen iaitu komponen permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran, penutup pengajaran dan bahan bantu mengajar untuk setiap kemahiran. Kajian ini menggunakan metod kuantitatif sebagai metod utama dan digabungkan dengan metod kualitatif. Seramai 120 orang guru Pendidikan Islam dan 320 orang murid sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih secara rawak berstrata dan berkelompok daripada sekolah-sekolah kebangsaan di 10 buah daerah negeri Selangor. Kajian ini juga melibatkan temu bual bersama lima orang guru Pendidikan Islam untuk memperkayakan data yang diperolehi daripada soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pengajaran guru dalam Tilawah al-Quran berdasarkan persepsi guru adalah tinggi (min 3.97) manakala amalan pengajaran guru dalam Tilawah al-Quran berdasarkan persepsi murid menunjukkan tahap min sederhana (min 3.41). Manakala kebolehan membaca al-Quran dalam kalangan murid adalah di tahap sederhana (min 68.91) dan menghafaz ayat al-Quran juga di tahap sederhana (min 66.92) manakala kemahiran memahami ayat al-Quran menunjukkan tahap yang sangat baik (min 84.81).Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara min amalan pengajaran guru dengan min kebolehan membaca murid (r = .006), min amalan pengajaran guru dengan min kebolehan menghafaz (r = .020) dan di antara min amalan pengajaran guru dengan min kebolehan memahami ayat al-Quran (r = .035) dalam kalangan murid. Kajian ini mendapati wujud hubungan yang signifikan di antara kebolehan membaca al-Quran dengan kebolehan memahami ayat al-Quran (r = .887), di antara kebolehan membaca al-Quran dan kebolehan menghafaz ayat (r = 0.913) dan di antara kemahiran menghafaz dengan kebolehan memahami ayat al-Quran (r = 0.982). Kajian ini menunjukkan betapa pentingnya empat komponen dalam amalan pengajaran ketiga-tiga kemahiran utama dalam Tilawah al-Quran iaitu kemahiran membaca, menghafaz dan memahami ayat al-Quran dan ketiga-tiga kemahiran tersebut adalah saling selari di antara satu sama lain. Justeru, para guru hendaklah memastikan murid mencapai ketiga-tiga kemahiran tanpa mengabaikan satupun daripadanya, dengan meningkatkan amalan pengajaran mereka dalam Tilawah al-Quran.,Ph.D.
Pages: 384
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99226+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
596.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.