Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487896
Title: Profil, indikator, faktor kritikal dan model perkembangan kerjaya berasaskan komuniti berpendapatan tinggi dalam kalangan lulusan kolej komuniti
Authors: Ahmad Rosli Mohd Nor (P67198)
Supervisor: Salleh Amat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kerjaya
Pelajar
Career education -- Malaysia
Issue Date: 27-Jun-2016
Description: Kajian ini dijalankan untuk membentuk profil perkembangan kerjaya individu, indikator, faktor kritikal perkembangan kerjaya pelajar kolej komuniti dan Laluan Perkembangan Kerjaya Pelajar Kolej Komuniti (LPKPKK) ke arah kerjaya berpendapatan tinggi di masa akan datang. Seramai 15 orang responden yang terdiri daripada lulusan kolej komuniti yang telah berjaya dalam karier mereka dan mempunyai pendapatan tinggi telah dilibatkan dalam kajian ini. Kajian Teknik Delphi telah dijalankan sebanyak dua pusingan bagi mendapat kesepakatan dalam pembentukan profil, indikator dan faktor kritikal ini. Analisis Fuzzy Delphi menggunakan Pernomboran Segi Tiga Fuzzy dan proses Defuzzification yang melibatkan penggunaan nilai treshold (d) dan konsensus kaedah Delphi Tradisional (KD) untuk melihat persepakatan pakar. Manakala nilai Average of Fuzzy Number dijadikan alat ukur untuk melihat keutamaan item yang dihasilkan dan boleh juga dirujuk sebagai kesepakatan peserta kajian untuk konstruk yang dikaji. Dapatan kajian telah menemui enam (6) tema utama dan dua puluh lima (25) sub tema daripada 15 profil perkembangan kerjaya individu yang dihasilkan, tujuh puluh enam (76) indikator dan seratus tiga puluh (130) faktor kritikal perkembangan kerjaya pelajar kolej komuniti. Seterusnya dapatan daripada profil individu, indikator dan faktor kritikal telah menjadi asas kepada pembanguunan kerangka induk laluan perkembangan kerjaya pelajar kolej komuniti. Hasilnya sebanyak satu (1) kerangka induk laluan perkembangan kerjaya pelajar kolej komuniti telah dibentuk melalui kaedah Focus Group Interview (FGI). Manakala tujuh (7) laluan kerjaya berdasarkan profil-profil perkembangan kerjaya pelajar telah berjaya dihasilkan. Beberapa cadangan dan penambahbaikan telah dikemukakan untuk kegunaan bersama pelajar kolej komuniti di masa akan datang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 509
Call Number: LC1037.8.M4A376 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98348+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
234.49 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.