Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487893
Title: Penilaian program latihan dalam perkhidmatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Authors: Mohd Azmi Mat Yusoff (P59252)
Supervisor: Jamil Ahmad, Dr.
Keywords: Pembelajaran
Penilaian
Educational evaluation
Issue Date: 4-May-2016
Description: Kajian ini menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick untuk menilai program latihan dalam perkhidmatan PBS. Model ini melibatkan penilaian reaksi, pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan sikap), tingkah laku, dan hasil (prestasi). Reka bentuk kajian ini merupakan kajian penilaian yang menggunakan pendekatan kajian pelbagai (mixed method) yang dikenali explanatory sequential design yang mempunyai dua fasa pengumpulan data iaitu kuantitatif diikuti kualitatif. Sampel kajian kuantitatif 1200 orang dan responden kualitatif 7 orang. Nilai Cronbach Alpha secara keseluruhan item soal selidik antara 0.939 hingga 0.990. Data dianalisis menggunakan skor min, peratus dan sisihan piawai, Ujian-t dan regresi. Dapatan kajian penilaian reaksi secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Penilaian tahap pengetahuan dan kemahiran secara keseluruhan min berada pada tahap sederhana. Penilaian tahap sikap pula secara keseluruhan min berada pada tahap tinggi namun konstruk sistem pengurusan PBS berada pada tahap sederhana. Penilaian tingkah laku secara keseluruhan berada pada tahap sederhana kecuali konstruk pengurusan evidens dan sistem pengurusan PBS berada pada tahap tinggi. Penilaian tahap (hasil) prestasi secara keseluruhan berada pada tahap sederhana. Hasil temu bual juga menunjukkan dapatan yang selari dengan data kuantitatif. Perbandingan tahap reaksi, pengetahuan, kemahiran, sikap, tingkah laku dan hasil (prestasi) guru terhadap latihan dalam perkhidmatan PBS menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan lokasi. Analisis regresi mendapati: Tiga pemboleh ubah bebas (reaksi) memberi sumbangan 21.7 peratus terhadap pemboleh ubah bersandar (pengetahuan); Tiga pemboleh ubah bebas (Reaksi) memberi sumbangan 19.4 peratus terhadap pemboleh ubah bersandar (kemahiran); Tiga pemboleh ubah bebas (Reaksi) memberi sumbangan 17.20 peratus terhadap pemboleh ubah bersandar (sikap); Semua pemboleh ubah bebas (pengetahuan) memberi sumbangan 47.00 peratus terhadap pemboleh ubah bersandar (tingkah laku); Tiga pemboleh ubah bebas (kemahiran) memberi sumbangan 51.00 peratus terhadap pemboleh ubah bersandar (tingkah laku); Keempat-empat pemboleh ubah bebas (sikap) memberi sumbangan 43.90 peratus terhadap pemboleh ubah bersandar (tingkah laku); Keempat-empat pemboleh ubah bebas (tingkah laku) memberi sumbangan 69.30 peratus terhadap pemboleh ubah bersandar (prestasi). Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan supaya program ini diteruskan, namun perlu usaha penambahbaikan supaya guru dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap, perubahan tingkah laku dan prestasi yang baik serta bermakna dalam melaksanakan pentaksiran sekolah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 425
Call Number: LB2822.75.M833 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98345+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
859.72 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.