Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487880
Title: Kesan small sided game(SSG) terhadap kemampuan fizikal dan kognitif, kemahiran asas dan aspek psikologi pemain-pemain hoki
Authors: Mohd Aras Khamis (P73653)
Supervisor: Mohd Taib Harun, Prof. Madya Dr.
Keywords: Small sided game
Hoki
Atlit
Keberkesanan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 24-Jul-2017
Description: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan small sided game (SSG) terhadap kemampuan fizikal dan kognitif, kemahiran asas dan aspek psikologi dalam latihan. Small sided game (SSG) diolah daripada ciri-ciri permainan sebenar dan boleh dimainkan sebesar 10 lawan 10 dan sekecil 2 lawan 2. Kajian berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 180 pemain hoki daripada tiga buah sekolah sukan negeri dipilih sebagai sampel kajian bagi membandingkan kesan 2 kaedah latihan. Kumpulan eksperimen diberi rawatan selama 6 minggu bagi mengetahui kesan small sided game (SSG) berbanding 2 kumpulan kawalan. Multistage Fitness Test, 50 Yard Dash, Ruler Drop Test dan Illinois Agility Test digunakan untuk menguji tahap kecergasan fizikal. Henry Friedel Field Hockey Test pula digunakan untuk mengukur tahap kemahiran asas. Manakala soal selidik digunakan untuk menilai tahap kesepaduan pasukan (Group Environment Questionnaire) dan keyakinan diri (State Sport Confidence Inventory). Instrumen Pemerhatian Permainan (Game Play Observational Instrument) pula digunakan untuk menilai kemahiran membuat keputusan atlit. Analisis inferensi ANOVA dan ANOVA 2 Hala digunakan bagi tujuan analisis data. Dapatan kajian membuktikan bahawa small sided game (SSG) memberi kesan kepada peningkatan tahap daya tahan kardiovaskular [F(1,168) = 249.0, p<.05], kelajuan [F(1,168) = 821.31, p<.05], masa reaksi [F(1,168) = 51.295, p<.05], ketangkasan [F(1,168) = 111.59, p<.05], kemahiran asas (masa) [F(1,168) = 133.769, p<.05], kesepaduan pasukan [F(1,168) = 0.374, p<.05], keyakinan diri [F(1,168) = 0.752, p<.05] dan kemahiran membuat keputusan [F(1,18) = 7.406, p<.05]. Namun begitu small sided game (SSG) tiada kesan terhadap kemahiran asas (skor) [F(1,168) = 1.965, p>.05]. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah small sided game (SSG) yang memodifikasi bilangan pemain, saiz padang dan arahan jurulatih menunjukkan kesan signifikan terhadap kemampuan fizikal dan kognitif, kemahiran asas dan aspek psikologi. Dengan dapatan kajian ini, juru latih yang terlibat dalam program pembangunan mempunyai satu lagi kaedah latihan yang dapat meningkatkan kemampuan fizikal dan kognitif, kemahiran asas dan aspek psikologi atlit mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 244
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97189+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
258.16 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.