Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487873
Title: Pembelajaran ICT yang diperibadikan untuk Orang Asli bagi menghasilkan kemahiran boleh pindah
Authors: Nor Syazwani Mat Salleh (P68537)
Supervisor: Rosseni Din, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pembelajaran
Orang Asli
ICT
Pemindahan ilmu
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 1-Dec-2017
Description: Revolusi kurikulum dan pedagogi menyebabkan muncul inisiatif baru dalam pembinaan modul P&P untuk mencapai matlamat pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran yang baik adalah berasaskan keperluan masyarakat yang diperlukan oleh semua kelas sosial untuk memastikan warisan dan peradaban masyarakat diteruskan. Orientasi kurikulum terhadap masyarakat peribumi perlu mempunyai elemen holistik, imaginatif, kinestetik, koperatif, kontekstual dan berorientasikan murid. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan yang didasari oleh kaedah reka bentuk dan pembangunan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul literasi ICT untuk pelajar Orang Asli (mLICT-OA) yang mengambil kira (i) kepelbagaian gaya belajar dan (ii) pendekatan konsep persekitaran pembelajaran diperibadikan (PbdP) dengan menggunakan kaedah Problem-oriented Project-based Hybrid e-Training (PoPeye) (https://wanieyict.wordpress.com/ebook-lict-oa/). Hasil kajian ini merupakan modul LICT-OA dan model pelaksanaan program LICT-OA. Kajian ini dibahagikan kepada enam fasa iaitu fasa kesauran, analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian serta pemodelan. Kerangka kerja awal kajian ini telah memandu pembinaan instrumen soal selidik untuk mengukur persekitaran pembelajaran diperibadikan pelajar Orang Asli bagi menghasilkan kemahiran boleh pindah. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian bagi mengukur (i) pembelajaran diperibadikan, (ii) kebolehgunaan modul (iii) kepelbagaian gaya belajar dan (iv) kemahiran boleh pindah. Analisis kebolehpercayaan secara keseluruhan telah menggunakan Model Pengukuran Rasch dan ujian kebolehgunaan Cronbach Alpha. Analisis menunjukkan instrumen soal selidik persekitaran pembelajaran diperibadikan untuk pelajar Orang Asli adalah sah dan boleh dipercayai. Kandungan instrumen dan modul LICT-OA tersebut juga telah dilaksanakan, disemak dan diperakukan oleh pakar bidang. Data dipungut daripada 92 orang pelajar Orang Asli yang mengikuti program "Pemindahan Ilmu Pendidikan dan ICT" yang diadakan di UKM pada 18-19 Mac 2015. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SmartPLS 3.0 bagi memperoleh empat model pengukuran dengan nilai muatan yang disyorkan untuk keempat-empat pemboleh ubah laten. Seterusnya, kaedah pemodelan persamaan berstuktur digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan menunjukkan (i) taburan responden mengikut gaya belajar dominan, (ii) penggunaan konsep pembelajaran diperibadikan (PbdP) dipengaruhi kelima-lima atribut PbdP secara positif, (iii) atribut persekitaran pembelajaran dalam PbdP dipengaruhi oleh gaya belajar secara positif, (iv) atribut persekitaran pembelajaran dalam PbdP dipengaruhi oleh pembelajaran bermodul secara positif dan (v) konsep pembelajaran diperibadikan (PbdP) mempengaruhi penghasilan ilmu yang boleh dipindahkan ke alam kerjaya. Implikasi kepada teori, praktikal dan pihak yang terlibat serta sumbangan teoritikal, metodologi, amalan pembelajaran diperibadikan turut dibincangkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 387
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97181+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
713.98 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.