Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487866
Title: Persekitaran, kesejahteraan dan pencapaian akademik pelajar di IPTA Malaysia
Authors: Ili Atiqah Md. Din (P73657)
Supervisor: Ruslin Amir, Dr.
Keywords: Akademik
Pelajar
Persekitaran
Kesejahteraan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 31-Mar-2017
Description: Tinjauan literatur menunjukkan terdapat pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengalami pelbagai masalah sehingga menyebabkan kegagalan mereka menamatkan pengajian. Antara masalah yang dikenalpasti menyentuh isu kemerosotan kualiti hidup akibat daripada masalah-masalah yang dihadapi ketika berada di kampus universiti yang bukan sahaja memberi kesan ke atas kesejahteraan tetapi juga aspek pencapaian akademik pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara aspek persekitaran universiti, dimensi kesejahteraan dan pencapaian akademik pelajar di IPTA. Seramai 900 orang pelajar dari lima buah universiti awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terlibat dalam kajian ini. Satu set soal selidik dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan tema-tema yang dihasilkan daripada kajian literatur dan Indicators of Social Well-Being Construct (1998), Financial Well-being Scale (2008) dan Spiritual Well-being Questionnaire (SWBQ (2003). Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi (Korelasi Pearson, Regresi berganda dan Manova sehala). Secara keseluruhan, dapatan kajian mendapati bahawa kesemua aspek persekitaran dan kesejahteraan menunjukkan tahap yang sederhana kecuali kesejahteraan spiritual yang menunjukkan tahap yang tinggi. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan di antara keenam-enam aspek persekitaran dan kesejahteraan pelajar di IPTA. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan kesejahteraan pelajar di antara pelajar lelaki dan perempuan serta pelajar dari bidang Profesional, Sains Teknologi dan Sains Sosial Kemanusiaan. Persekitaran intelektual, kewangan, emosi, spiritual dan sosial didapati memberi sumbangan ke atas kesejahteraan pelajar manakala persekitaran sosial, kesejahteraan intelektual dan kesejahteraan fizikal pula memberi sumbangan ke atas pencapaian akademik. Berdasarkan kepada analisis tahap dan sumbangan, aspek paling ketara yang menyebabkan isu kemerosotan kualiti hidup pelajar adalah berkaitan dengan aspek kewangan, intelektual, dan emosi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 328
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97175+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
440.09 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.