Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487859
Title: Trait personaliti, iklim sekolah dan sikap terhadap buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Authors: Raja Azrul Hisham Raja Ahmad (P53842)
Supervisor: Ruslin Amir, Dr.
Keywords: Buli
Personaliti
Sekolah
Sikap
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 4-Jul-2017
Description: Kajian ini bertujuan untuk menentukan persepsi pelajar berkenaan trait-trait personaliti, iklim sekolah dan sikap terhadap buli ke atas sampel pelajar seramai 633 orang dari sepuluh buah sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengutip data. Empat instrumen telah digunakan iaitu Inventori Tingkah Laku Buli, Inventori Trait-Trait Personaliti, Inventori Persepsi Iklim Sekolah dan Inventori Sikap Terhadap Buli. Seramai 53 orang pelajar telah dikenalpasti sebagai pembuli, 63 orang sebagai mangsa buli pasif, 13 orang sebagai mangsa buli reaktif dan 504 orang pelajar ialah pelajar yang tidak terlibat dengan buli. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam trait-trait personaliti (kesedaran, penerimaan, kestabilan emosi, ekstraversi dan keterbukaan), persepsi terhadap iklim sekolah dan sikap terhadap buli antara pembuli, mangsa buli pasif, mangsa buli reaktif dan pelajar tidak terlibat dengan buli. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan dalam trait-trait personaliti dan sikap terhadap buli berdasarkan faktor jantina. Manakala, terdapat perbezaan dalam persepsi pelajar terhadap iklim sekolah berdasarkan faktor jantina dan umur. Dapatan kajian juga menunjukkan persepsi terhadap iklim sekolah mempengaruhi sikap terhadap buli. Manakala, trait personaliti mempengaruhi persepsi pelajar terhadap iklim sekolah. Trait personaliti, iklim sekolah dan sikap terhadap buli merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya buli di sekolah. Program-program intervensi yang sesuai, efektif dan menjurus kepada faktor sebenar yang menyebabkan buli berlaku dapat dirancang dan dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan dengan mengambil kira aspek-aspek dari dapatan kajian ini dalam menangani buli pelajar di sekolah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 327
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97160+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
418.42 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.