Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487857
Title: | Keberkesanan pengurusan organisasi Persatuan Sukan Kebangsaan di Malaysia |
Authors: | Zul Aizam Yassin (P59203) |
Supervisor: | Norlena Salamuddin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pengurusan Organisasi Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 4-Nov-2017 |
Description: | Pengukuran terhadap prestasi sesebuah organisasi dapat membantu dalam menilai kejayaan sesebuah organisasi dan ini diakui oleh ramai pengkaji terdahulu. Walaubagaimanapun penilaian terhadap keberkesanan pentadbir dan pengurusan organisasi Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) di Malaysia masih lagi belum diterokai dan kurang diberi perhatian. Justeru itu kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau amalan pengurusan organisasi dan tadbir urus Persatuan Sukan Kebangsaan di Malaysia (n=19) didasari oleh model pengukuran Competing Values Approach (CVA) mengikut latar belakang responden dan latar belakang persatuan sukan kebangsaan. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang responden kakitangan pengurusan tertinggi yang mewakili 19 buah persatuan sukan kebangsaan di Malaysia dalam kategori sukan teras dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian menggunakan soal selidik berskala Likert dan telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan yang disesuaikan dengan konteks tempatan. Analisis data deskriptif kajian menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai manakala analisis inferensi menggunakan ujian bukan parametrik iaitu ujian Mann-Whitney U dan Kruskall Wallis H. Berdasarkan analisis ujian yang dijalankan didapati hanya 2 PSK mencatatkan tahap keberkesanan pengurusan yang cemerlang berbanding 17 PSK yang lain mencatatkan tahap pencapaian pengurusan baik secara keseluruhan. Hasil daripada ujian regresi pelbagai yang dilakukan menunjukkan bahawa faktor Produktiviti dan Kemahiran Tenaga Kerja merupakan elemen penentu kritikal dan memberi sumbangan yang besar dalam menilai keberkesanan persatuan sukan di Malaysia yang dipilih. Analisis yang dijalankan juga mendapati bahawa kesemua PSK yang terlibat dalam kajian berada pada tahap cemerlang hanya bagi elemen fleksibiliti manakala elemen perancangan, produktiviti, kesediaan maklumat, stabiliti, kemahiran tenaga kerja, sumber dan kesepaduan tenaga kerja mencatatkan tahap keberkesanan yang baik secara keseluruhannya. Bagi faktor latar belakang pihak pengurusan terhadap tahap keberkesanan pengurusan PSK, hanya faktor jantina pentadbir sahaja yang mempengaruhi tahap keberkesanan. Manakala bagi faktor latar belakang PSK mendapati faktor jumlah ahli gabungan, tahap pencapaian tertinggi, kemudahan fasiliti dan tahap penganjuran tertinggi mempengaruhi tahap keberkesanan pengurusan organisasi PSK di Malaysia. Beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan bagi membantu agensi terbabit menilai kekuatan dan kelemahan pengurusan organisasi yang diamalkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 254 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97158+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 723.88 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.