Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487848
Title: Model kompetensi kehidupan usahawan wanita luar bandar dan kualiti hidup
Authors: Salpiah Suradi (P66600)
Supervisor: Ruhizan Mohd Yasin, Prof. Dr.
Keywords: Kompetensi
Usahawan
Wanita
Luar bandar
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Jan-2017
Description: Kompetensi kehidupan diperoleh daripada pendidikan TVET secara informal dan non-formal dikenal pasti sebagai kunci pemerkasaan wanita luar bandar. Wanita merupakan modal insan yang berpotensi dalam pembangunan ekonomi luar bandar bagi matlamat Negara Maju menjelang 2020. Pendidikan TVET melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang keusahawanan berupaya menangani isu sumber tenaga, peningkatan pendapatan isi rumah, memperbaiki kualiti hidup dan mengaktifkan peranan wanita dalam keluarga serta masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan model kompetensi kehidupan usahawan wanita luar bandar yang memiliki hidup yang berkualiti. Pengkaji menggunakan Reka Bentuk Penyelidikan Pembangunan (DDR) dengan gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kajian melibatkan tiga fasa berdasarkan objektif kajian iaitu Fasa I: Analisis Keperluan, Fasa II: Reka bentuk dan Pembangunan Model dan Fasa III: Penilaian Model. Fasa I menggunakan kaedah pengumpulan data temu bual melibatkan lima orang responden yang terdiri daripada usahawan wanita luar bandar berpendapatan tinggi. Analisis data kualitatif berbantukan perisian Atlas-ti telah menghasilkan Model Penerokaan 1. Enam tema kompetensi kehidupan telah disahkan menggunakan nilai Cohen Kappa (nilai K = 0.88 hingga 1.0) iaitu literasi maklumat, penyelesaian masalah, pengurusan sumber, komunikasi interpersonal, kualiti personal dan kerohanian. Dapatan Fasa I juga berjaya membangunkan indikator kualiti hidup meliputi aspek pendapatan, jenis rumah, pemilikan aset, jenis kenderaan, perancangan masa depan anak, kemampuan menunaikan haji/umrah pada usia muda dan kemampuan rekreasi berfungsi sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian Fasa II menggunakan Kaedah Fuzzy Dephi (FDM) satu pusingan melibatkan 21 orang pakar terdiri daripada ahli akademik, pembuat dasar dan pelaksana. Hasil analisis nilai threshold (d > 0.2), peratus kesepakatan pakar (< 75%) dan nilai α-cut (α < 0.5) telah dapat mengesahkan enam konstruk, 22 sub konstruk dan 117 item kompetensi kehidupan yang menghasilkan Model Penerokaan II. Instrumen soal-selidik telah dimurnikan melalui analisis Rasch menggunakan data kajian rintis. Hasil kajian tinjauan terhadap 406 usahawan wanita luar bandar dalam Fasa III telah dianalisis berbantukan perisian SEMPLS berupaya membentuk model pengukuran dan model struktur. Ujian penilaian model menggunakan nilai pekali laluan (empirikal t) dan kaedah bootstrapping standard error menunjukkan empat hipotesis nul (Ho) ditolak. Hasilnya empat konstruk kompetensi kehidupan iaitu pengurusan sumber, kerohanian, literasi maklumat dan interpersonal mempunyai hubungan yang signifikan dengan kualiti hidup. Implikasi kajian ini menunjukkan, kompetensi kerohanian diterima sebagai kompetensi kehidupan yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita luar bandar. Sumbangan keseluruhan kajian ini ialah pembangunan model kompetensi kehidupan usahawan wanita luar bandar, pengukuran kualiti hidup, instrumen kajian dan literatur dalam bidang TVET.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 485
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96959+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
812.05 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.