Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487845
Title: | Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu di prasekolah |
Authors: | Siti Iwana Sharizah Abu Samah (P61697) |
Supervisor: | Rohaty Majzub, Prof. Dr. |
Keywords: | Penulisan Bahasa Melayu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 12-Feb-2016 |
Description: | Kemahiran menulis merupakan satu daripada kemahiran yang difokuskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Murid prasekolah memerlukan bantuan daripada orang dewasa untuk menghasilkan penulisan. Namun, kekurangan strategi pengajaran penulisan yang berkesan dan berterusan dalam kalangan guru prasekolah serta kekurangan penekanan pembelajaran penulisan di prasekolah menyebabkan ketidakseimbangan antara pengajaran guru dengan penglibatan murid semasa pembelajaran penulisan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka proses pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam konteks bilik darjah prasekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti pengajaran penulisan yang dipraktikkan oleh guru prasekolah dan memperoleh kefahaman yang mendalam mengenai hasil penulisan murid-murid prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kes yang melibatkan dua orang guru prasekolah serta 40 orang murid-murid prasekolah. Data kajian ini dikutip dengan menggunakan teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Perisian ATLAS.ti. 7.5.7 digunakan untuk menganalisis data kajian. Kajian mendapati, guru sebagai pelaksana telah merancang dan membuat persediaan berdasarkan perkembangan murid-murid. Teknik penerangan, pengulangan dan pertanyaan merupakan tiga teknik utama yang digunakan oleh guru dalam membimbing murid-murid menghasilkan penulisan. Teknik menyalin dan teknik latih tubi merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru semasa pelaksanaan pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid mengambil bahagian dengan berbual untuk menjawab pertanyaan guru dan boleh menghasilkan penulisan dalam bentuk ayat mudah. Hanya dua orang daripada setiap prasekolah berada pada tahap atau peringkat penulis konvensional, iaitu boleh melahirkan penulisan mereka sendiri tanpa bimbingan guru. Sebahagian murid masih berada di peringkat penulis eksperimen, iaitu di peringkat mencuba semua kemahiran yang telah dipelajarinya ke dalam bentuk tulisan. Manakala selebihnya pula berada di peringkat penulis novis. Tahap penulisan yang dihasikkan oleh murid adalah kesan daripada pengajaran guru yang lebih menekankan kemahiran mekanis berbanding dengan menjana idea murid-murid. Oleh itu, kreativiti murid-murid hanya dapat dilihat pada gambar yang dilukis sahaja. Implikasi daripada dapatan kajian, panduan pengajaran penulisan dan rubrik penulisan serta cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk menambah baik pengajaran guru prasekolah, khususnya dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu. .,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 340 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96956+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 476.58 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.