Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487826
Title: | Kecerdasan pelbagai, gaya pembelajaran dan kemahiran insaniah pelajar Fakulti Pengajian Islam UKM |
Authors: | Siti Kausar Zakaria (P59206) |
Supervisor: | Ruslin Amir, Dr. |
Keywords: | Kecerdasan pelbagai Pembelajaran Kemahiran insaniah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 22-Jan-2015 |
Description: | Penekanan terhadap kecerdasan kerohanian secara berlebihan dengan mengabaikan kecerdasan pelbagai (KP) yang lain serta gaya pembelajaran (GP) yang tidak mengikut keperluan dan situasi menjadi antara faktor kelemahan kemahiran insaniah (KI) dalam kalangan pelajar Kursus Pengajian Islam. Kajian bertujuan menghuraikan KP, GP dan KI pelajar Ijazah Sarjana Muda,Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM dan perbezaannya berdasarkan demografi iaitu jantina, pengkhususan dan tahun pengajian. Kajian juga bertujuan mencari perhubungan dan sumbangan KP dan GP terhadap KI serta mencari penerangan terhadap perhubungan dan sumbangan yang berlaku. Kajian tinjauan ini menggunakan dua pendekatan, iaitu pendekatan kuantitatif secara soal selidik dan kualitatif secara temubual separa berstruktur.Kajian rintis menunjukkan soal selidik dan protokol temubual separa berstruktur mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang diterima. Sampel soal selidikadalah 346 orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata, manakala responden temubual adalah 10 orang pelajar yang dipilih secara bertujuan. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat min pemboleh ubah, manakala analisis statistik inferensi iaitu MANOVA, korelasi dan regresi berganda Stepwise digunakan untuk menguji hipotesis. Analisis jenis suntingan puladigunakan untuk menganalisis data temubual. Hasil kajian menunjukkan pelajar FPI cerdas dalam rohani dan tidak cerdas dalam muzik, mereka kerap mengamalkan gaya reflektif dan tidak kerap mengamalkan gaya aktivis serta mengguasai kemahiran kerja berpasukan pada tahap tinggi dan kemahiran keusahawanan pada tahap rendah. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan KP berdasarkan demografi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan GP merentas demografi dan terdapat perbezaan yang signifikan KP merentas demografi kecuali pada tahun pengajian. Analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan KP dengan KI dan GP dengan KI, dan terdapat sumbangan yang signifikan KP dan GP terhadap KI pelajar. Analisis temubual pula menerangkan aspek perhubungan dan sumbangan yang berlaku adalah kesan daripada kecenderungan dalaman pelajar (KP dan GP) dan kesan daripada rangsangan luaran. KP dan GP boleh dijadikan sandaran dalam meningkatkan KI pelajar. Penekanan terhadap lebih daripada satu kecerdasan pelbagai diri dan mengamalkan kesemua gaya pembelajaran boleh meluaskan skop kerjaya pelajar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 582 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96771+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 230.5 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.