Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487815
Title: Penilaian Program Keusahawanan Dalam Kalangan Usahawan Asnaf Fakir dan Miskin di Selangor
Authors: Ahmad Yusri Yaacob ( P53889)
Supervisor: Norasmah Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Keusahawanan
Asnaf
Penilaian
Selangor
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: Jan-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk menilai Program Keusahawanan Dalam Kalangan Usahawan Asnaf Fakir dan Miskin (PKUAFM) yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Mais Zakat Sendirian Berhad (MZSB) Selangor. Kajian ini mengadaptasi dan mengubahsuai Model CIPP yang merangkumi empat aspek penilaian iaitu pertama, penilaian konteks merangkumi matlamat dan objektif PKUAFM. Kedua, penilaian input mencakupi aspek sikap, pengetahuan, kemahiran, bantuan modal dan peralatan. Ketiga, penilaian proses meliputi kepada aspek latihan, pemantauan, hubungan Usahawan Asnaf Fakir Miskin (UAFM) dengan pegawai MZSB dan penilaian ke atas PKUAFM. Akhir sekali penilaian produk, mencakupi aspek kecenderungan sikap, maklumat inovatif, penyelesaian masalah secara kreatif dan peningkatan taraf hidup UAFM. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan 360 UAFM yang dipilih secara rawak strata dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Kesemua data dianalisis dengan program SPSS versi 22 dan statitik deskriptif (frekunsi, min, sisihan piawai dan peratusan) dan statistik infrensi (ujian-t dan regrasi berganda) telah digunakan. Amnya, data mendapati tahap penilaian input PKUAFM dari aspek sikap, pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap tinggi. Manakala penilaian dari segi proses pula menunjukkan MZSB telah dapat melaksanakan latihan, penilaian dan hubungan yang baik dengan UAFM. Dari peringkat produk pula menunjukkan kecenderungan sikap, maklumat inovatif dan penyelesaian masalah secara kreatif berada pada tahap sangat tinggi. Seterusnya, dapatan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap, pengetahuan dan kemahiran UAFM lelaki dan wanita serta dengan jenis perniagaan yang dimiliki. Analisis regresi berganda pula menunjukkan hubungan pegawai MZSB dengan UAFM, penilaian, matlamat, latihan dan kemahiran adalah peramal yang menyumbangkan kepada hasilan PKUAFM. Kesimpulannya, kajian ini melaporkan bahawa PKUAFM telah berjaya memberi manafaat kepada UAFM.,Tesis ini tidak ada Perakauan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 230
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96761+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
543.65 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.