Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487809
Title: | Pembangunan dan keberkesanan modul SALAK DIDIK dalam aktiviti penulisan karangan murid sekolah rendah |
Authors: | A. Rahman Haron (P62681) |
Supervisor: | Jamaludin Badusah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Penulisan Karangan Bahasa Melayu Teori konstruktivisme SALAK DIDIK Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 20-Sep-2016 |
Description: | Menghasilkan sebuah karangan merupakan elemen yang penting dalam penulisan karangan. Menulis karangan memerlukan kemahiran menyenaraikan isi dan pembentukan susunan ayat yang menarik. Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul SALAK DIDIK terhadap pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu bagi murid sekolah rendah, khususnya murid tahun empat. Kajian ini terbahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pembangunan dan fasa penilaian. Bagi fasa pembangunan, SALAK DIDIK dibangun menggunakan Model Sidek dengan menerapkan teori konstruktivisme. Pengesahan pakar digunakan bagi proses pembangunan Modul SALAK DIDIK. Fasa penilaian pula, SALAK DIDIK dinilai dari aspek penggunaan empat elemen didik hibur iaitu nyanyian, pantun, lakonan dan cerita. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dan protokol temu bual. Reka bentuk kajian ialah kuasi eksperimen. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang murid kumpulan eksperimen dan 34 orang murid kumpulan kawalan. Analisis data yang digunakan ialah statistik deskriptif dan analisis kualitatif. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan terdapat perbezaan skor min antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Penggunaan elemen cerita bagi kumpulan rawatan adalah yang paling tinggi pencapaian penulisan karangan dan diikuti pencapaian dengan penggunaan elemen lakonan, nyanyian dan pantun. Data kualitatif kumpulan rawatan menunjukkan penggunaan didik hibur dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian dalam penulisan karangan. Modul SALAK DIDIK mampu menyediakan bahan pembelajaran yang baik serta murid boleh mengikuti aktiviti didik hibur yang bersesuaian dengan keperluan dalam meningkatkan kemahiran membina karangan. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa Modul SALAK DIDIK memberi kesan yang positif dan sesuai diaplikasikan sebagai pendekatan pembelajaran alternatif di dalam kelas. Sumbangan keseluruhan kajian ini adalah penggunaan elemen didik hibur yang membantu ke arah meningkatkan kemahiran penjanaan idea menyenaraikan isi karangan dan pembinaan ayat untuk penulisan karangan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 350 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96755+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 592.14 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.