Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487808
Title: Penyepaduan elemen Pendidikan Alam Sekitar (PAS) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Geografi, KBSM
Authors: Siti Halimah Md Yassin (P35145)
Supervisor: Tamby Subahan Mohd Meerah, Prof. Datuk Dr.
Keywords: Pendidikan Alam Sekitar
Geografi
Pengajaran dan pembelajaran
Penyepaduan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 26-May-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan penyepaduan elemen Pendidikan Alam Sekitar (PAS) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Geografi, KBSM. Fokus kajian adalah kepada tiga aspek utama iaitu elemen PAS yang disepadukan, bentuk penyepaduan dan tumpuan penyepaduan. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif. Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan dari tiga buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis bertema. Dapatan menunjukkan bahawa elemen PAS yang dikenal pasti telah disepadukan ialah alam semula jadi, isu dan masalah alam sekitar, cakerawala dan alam, ruang dan alam, interaksi alam semula jadi dan tanggungjawab manusia mengurus alam sekitar. Manakala bentuk penyepaduan yang dikenal pasti untuk menyepadukan elemen PAS adalah dalam mata pelajaran, dalam dan luar mata pelajaran, bahan bukan maujud, bahan maujud, pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti dan tahu, dengar dan amal. Tumpuan penyepaduan elemen PAS adalah kepada konsep, pengetahuan dan kefahaman, kejelasan,nilai murni alam sekitar dan ungkapan, dan pernyataan. Keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa guru sebagai pelaksana kurikulum di dalam bilik darjah memainkan peranan penting bagi menyepadukan elemen PAS. Justeru, kajian ini mencadangkan satu garis panduan penyepaduan elemen PAS dalam PdP Geografi KBSM yang berkesan perlu dilaksanakan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 380
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96754+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
323.16 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.