Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487801
Title: | Pelaksanaan pelan penggantian kepimpinan Kolej Profesional MARA |
Authors: | Roselena Mansor (P56704) |
Supervisor: | Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | College administrators-Malaysia. |
Issue Date: | 3-Mar-2015 |
Description: | Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pelaksanaan pelan penggantian kepimpinan Kolej Profesional MARA (KPM). Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri pemimpin berkualiti KPM, meneroka pelaksanaan pemilihan pemimpin KPM, meneroka perancangan program pembangunan pemimpin KPM, dan mengemukakan model pelan penggantian kepimpinan KPM. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes kualitatif yang melibatkan penyelidikan mendalam mengenai pelan penggantian kepimpinan KPM. Data diperoleh secara temu bual bersemuka, analisis dokumen, dan pemerhatian. Seramai 32 informan dipilih secara bertujuan yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan dan pengalaman iaitu Pegawai-pegawai di Ibu Pejabat MARA yang terlibat dalam pelan penggantian kepimpinan KPM, Pengarah KPM, Timbalan Pengarah KPM, Ketua Jabatan KPM dan Pensyarah KPM. Data dianalisis dengan menggunakan teknik analisis perbandingan berterusan. Kajian ini telah mengenal pasti lima elemen utama ciri-ciri pemimpin berkualiti KPM iaitu berpengetahuan, berkemahiran, berkeperibadian positif, kemampuan untuk menyumbang pada organisasi, dan kesanggupan untuk memimpin. Kajian mendapati proses pemilihan pemimpin KPM adalah proses kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan jawatan pemimpin KPM dan hanya akan dilaksanakan apabila diperlukan sahaja. Program pembangunan pemimpin juga tidak dirancang dengan berstruktur; sebaliknya program dilaksanakan mengikut keperluan. Model pelan penggantian kepimpinan (MPPK) KPM yang dikemukakan dalam kajian ini mengandungi prosedur-prosedur yang spesifik untuk pengenalpastian pemimpin berpotensi, pembangunan pemimpin, penilaian pemimpin, dan penempatan pemimpin. Pelaksanaan MPPK memerlukan penyelarasan antara Bahagian Sumber Manusia MARA dengan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, dan ia perlu dilaksanakan dengan telus dan konsisten. Hasil kajian ini mempunyai implikasi kepada pelaksanaan pelan penggantian kepimpinan KPM. Model Kompetensi Pemimpin KPM daripada kajian ini boleh digunakan sebagai satu kerangka bagi proses pemilihan kepimpinan KPM dan program pembangunan kepimpinan KPM. Di samping itu, model pelan penggantian kepimpinan (MPPK) KPM didapati penting bagi memastikan MARA mempunyai kumpulan pemimpin yang berkualiti dengan pelaksanaan pelan penggantian kepimpinan yang sistematik. Kesimpulannya, pelan penggantian kepimpinan KPM yang dilaksanakan MARA bukannya satu pelan pemupukan pemimpin-pemimpin berpotensi untuk mengisi jawatan Pengarah KPM bagi jangka masa panjang; tetapi satu proses kenaikan pangkat yang dilaksanakan hanya apabila berlakunya kekosongan jawatan. Pelaksanaan pelan penggantian kepimpinan yang berstruktur adalah penting bagi memastikan ramai pemimpin berkualiti dibentuk untuk memimpin sesebuah organisasi. Hanya organisasi yang mempunyai pemimpin yang berkualiti akan kekal sebagai sebuah organisasi yang cemerlang.,Ph.D |
Pages: | 438 |
Call Number: | LB2331.6926.M4R647 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83138+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.