Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487798
Title: | Amalan kreativiti, gaya kognitif kreatif, pengaruh faktor persekitaran dan pencapaian pelajar pintar akademik |
Authors: | Faridah Mohd Sopah (P59265) |
Supervisor: | Saemah binti Rahman, Prof. Dr. |
Keywords: | Creative thinking-Study and teaching. |
Issue Date: | 17-Aug-2015 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dikaitkan dengan perkembangan kreativiti dan pencapaian pelajar pintar akademik. Fokus kajian ialah untuk mengenal pasti hubungan langsung dan tidak langsung antara faktor-faktor persekitaran dengan gaya kognitif kreatif, amalan kreativiti dan pencapaian dalam kalangan pelajar pintar akademik. Seramai 544 orang pelajar Tingkatan Empat dari tiga buah sekolah cemerlang yang diberi taraf Sekolah Berprestasi Tinggi di negeri Selangor telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik amalan kreativiti, gaya kognitif kreatif dan pengaruh faktor persekitaran. Model kreativiti 4P Rhodes menjadi dasar kepada kajian ini dan disokong dengan Teori Piramid Perkembangan Pintar Cerdas Pirrto dan Teori Kirton Adaption-Innovation (KAI) digunakan sebagai kerangka konseptual kajian ini. Dari segi tahap amalan kreativiti menunjukkan komponen kelancaran adalah lebih baik berbanding dengan kelenturan dan keaslian. Hasil analisis MANOVA menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan amalan kreativiti bagi komponen keaslian mengikut gender dan didapati min bagi pelajar lelaki adalah lebih baik berbanding dengan pelajar perempuan. Dari segi jenis gaya kognitif kreatif menunjukan sebahagian besar daripada pelajar pintar akademik ini memiliki gaya kognitif kreatif adaptor dan hanya sebilangan kecil yang memiliki gaya kognitif inovator. Seterusnya, analisis Khi kuasa dua mendapati faktor gender dan jenis sekolah mempengaruhi jenis gaya kognitif kreatif pelajar pintar akademik. Bagi pengaruh faktor persekitaran pula, didapati ibu, bapa, dan keluarga memberikan pengaruh yang besar kepada perkembangan kreativiti dalam kalangan pelajar pintar akademik. Akhir sekali, analisis laluan (path analysis) menggunakan model penuh (full model), mendapati gaya kognitif kreatif mempengaruhi pencapaian akademik pelajar pintar akademik secara langsung manakala pengaruh faktor persekitaran dan amalan kreativiti mempunyai kesan tidak langsung ke atas pencapaian melalui gaya kognitif. Justeru itu, faktor pengaruh persekitaran yang positif dapat meningkatkan lagi perkembangan gaya kognitif kreatif dan juga amalan kreativiti dalam kalangan pelajar pintar akademik selari dengan kecemerlangan yang dimiliki.,Ph.D |
Pages: | 229 |
Call Number: | LB1062.F346 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83135+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.