Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487797
Title: | Penerapan elemen nilai-nilai murni menerusi kursus hubungan etnik dalam kalangan guru pelatih |
Authors: | Anita Abu Hasan (P56705) |
Supervisor: | Mohd Isa bin Hamzah, Dr |
Keywords: | Teachers-Professional ethics. |
Issue Date: | 8-Jun-2015 |
Description: | Kajian ini dijalankan bagi meninjau proses penerapan elemen nilai-nilai murni menerusi kurikulum kursus Hubungan Etnik dalam kalangan guru pelatih di peringkat Institut Pendidikan Guru. Pengkaji telah memfokuskan tiga komponen penilaian dalam Model CIPP (Context, Input, Process dan Product) oleh Stufflebeam et al. (2007) iaitu dari aspek input, proses dan produk. Dimensi input merangkumi tiga konstruk iaitu kemudahan prasarana, pengetahuan pensyarah dan latihan dalam perkhidmatan. Dimensi proses terdiri tiga konstruk iaitu perancangan pengajaran dan pembelajaran, amalan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dan pemantauan. Dimensi produk pula terdiri daripada enam konstruk iaitu jati diri, taat setia, semangat patriotisme, toleransi, kerjasama dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Pengumpulan data bagi kajian ini melibatkan tiga kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah tinjauan. Sampel kajian untuk kaedah pemerhatian melibatkan seorang pensyarah, kaedah temu bual melibatkan 2 orang pensyarah dan 5 orang guru pelatih manakala kaedah tinjauan melibatkan sampel seramai 35 orang pensyarah dan 527 orang guru pelatih. Pemilihan sampel dilakukan secara persampelan rawak berstrata. Kaedah pemerhatian dilakukan untuk melihat kekerapan pensyarah melakukan penerapan elemen nilai-nilai murni menerusi kursus Hubungan Etnik melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada kaedah pemerhatian menunjukkan yang pensyarah ada melakukan penerapan elemen nilai-nilai murni menerusi kursus Hubungan Etnik. Dapatan temu bual dengan pensyarah dan guru pelatih juga membuktikan yang kurikulum kursus Hubungan Etnik ada menyumbang kepada penerapan elemen nilai-nilai murni dalam kalangan guru pelatih. Manakala dapatan min menunjukkan tahap pelaksanaan penerapan elemen nilai-nilai murni menerusi kursus Hubungan Etnik adalah sangat tinggi. Terdapat hubungan yang kuat antara konstruk input dengan konstruk proses termasuk konstruk produk mengikut perspektif pensyarah dan guru pelatih. Analisis regrasi menunjukkan sumbangan konstruk input terhadap pelaksanaan penerapan elemen nilai-nilai murni menerusi kursus Hubungan Etnik. Implikasi kajian membawa kepada sumbangan maklumat terhadap pembetukan teori penerapan elemen nilai-nilai murni melalui penggunaan Model CIPP menerusi kursus Hubungan Etnik ada memenuhi hasrat kerajaan menerusi anjakan 3 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan akademik bagi sektor awam dan sektor swasta di masa akan datang.,Ph.D |
Pages: | 329 |
Call Number: | LB1779.A538 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83134+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.