Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487781
Title: | Kecenderungan interaksi sosial ke arah penghayatan nilai perpaduan dalam kalangan guru terlatih |
Authors: | Najamuddin Hj Bachora (P53883) |
Supervisor: | Abdul Razaq Ahmad, Profesor Madya Dato Dr |
Keywords: | Teachers-Training of-Malaysia. |
Issue Date: | 26-Nov-2014 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan interaksi sosial dalam kalangan guru pelatih pelbagai etnik ke arah integrasi antara etnik. Kajian ini berasakan teori Pelepasan oleh Tinto, teori Sistem Ekologi oleh Bronfrenbrenner, model Budaya oleh Bourdieu, teori hubungan oleh Allport dan kesepaduan dalam kepelbagaian oleh Shamsul Amri. Kajian ini memfokuskan tentang ,i) kecenderungan interaksi di persekitaran kurikulum, kokurikulum, kolej kediaman, kegiatan seharian serta laman sesawang; ii), kesan pengaruh sosialisasi awal sebelum pelajar ke Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terdiri daripada kesan pengaruh keluarga, sekolah, rakan sebaya serta media massa; iii) faktor-faktor penggalak interaksi semasa pelajar di IPG seperti status yang sama, tujuan berinteraksi, peluang berinteraksi, tarikan peribadi, peranan pensyarah serta peranan pengurusan IPG; dan iv) integrasi antara etnik. Pendekatan kajian ini adalah kuantitatif berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Sampel kajian melibatkan seramai 395 guru pelatih pelbagai etnik dari lapan buah IPG zon Sabah dan Sarawak yang dipilih secara rawak berstrata berkadaran. Analisis data yang digunakan adalah statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian-t, Anova, korelasi dan regresi menggunakan SPSS versi 19.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan interaksi dan tahap penghayatan nilai perpaduan dalam kalangan guru pelatih pelbagai etnik adalah pada tahap yang baik. Malahan dapatn kajian juga a menunjukkan terdapat perbezaan tahap kecenderungan interaksi serta tahap penghayatan nilai perpaduan berdasarkan program pengajian, asal negeri dan agama tetapi tidak kepada jantina. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesan pengaruh sosialisasi awal dan juga faktor penggalak interaksi dengan tahap kecenderungan interaksi. Hubungan positif yang siginifkan juga diperolehi di antara tahap kecenderungan interaksi terhadap tahap penghayatan nilai perpaduan. Dapatan analisis regresi pula menunjukkan faktor-faktor iaitu kesan pengaruh keluarga, rakan sebaya, sekolah, media massa serta faktor status sama, peluang berinteraksi, pensyarah dan tujuan berinteraksi adalah peramal kepada tahap kecenderungan berinteraksi. Implikasi kajian ini menunjukkan pengaruh semasa pembelajaran di IPG adalah menjadi faktor dominan mempengaruhi kecenderungan berinteraksi berbanding dengan pengaruh persekitaran guru pelatih sebelum proses pembelajaran di kampus.,Ph.D |
Pages: | 264 |
Call Number: | LB1727.M4 N335 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82257+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.