Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487779
Title: Pengintegrasian teknologi mobil dan teknologi CAD dalam proses reka bentuk untuk penghasilan produk kreatif
Authors: Isham Shah Hassan (P41839)
Supervisor: Mohd Arif bin Haji Ismail, Dr
Keywords: Educational technology
Engineering ; Study and teaching
Issue Date: 15-Mar-2012
Description: Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengintegrasian teknologi mobil dalam aktiviti pembinaan maklumat dan teknologi CAD dalam aktiviti pencetusan idea semasa proses reka bentuk untuk penghasilan produk kreatif. Web mobil dibina dengan berpandukan teori minimal Carroll manakala pengintegrasian teknologi mobil dan CAD berpandukan teori belajar dengan teknologi Brown dan Campione. Reka bentuk kajian ini menggunakan model Hannafin dan Peck untuk membina web mobil berasaskan kes sebenar serta eksperimen kuasi untuk melihat kesan pengintegrasian teknologi mobil dan teknologi CAD dalam proses reka bentuk seni bina. Pelajar semester akhir kursus diploma seni bina dari empat (4) buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah dipilih sebagai sampel kajian. Produk aktiviti analisa maklumat, produk aktiviti sintesis dan produk aktiviti simulasi sepanjang proses reka bentuk dinilai dengan instrumen penilaian yang dibangunkan oleh pengkaji. Produk akhir reka bentuk dinilai dengan menggunakan instrumen penilaian yang dibangunkan oleh pengkaji dengan berpandukan model Matrik Analisa Produk Kreatif (MAPK). Menurut model MAPK, tiga aspek utama yang menentukan kreativiti sesuatu produk iaitu keunikan, segi praktikal dan perincian. Semua produk sepanjang aktiviti dalam proses reka bentuk dan produk akhir reka bentuk dinilai oleh pakar dalam bidang seni bina. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran frekuensi, min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan Ujian t, analisa Korelasi Pearson dan analisa regresi pada aras kesignifikanan p=0.01. Dapatan utama kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan di antara produk kumpulan rawatan (M=79.1) dan kumpulan kawalan (M=70.5) dari segi pengintegrasian teknologi mobil dan CAD. Dapatan juga menunjukkan korelasi yang signifikan wujud di antara aspek kreativiti berdasarkan model MAPK dengan produk akhir yang kreatif dengan nilai r=0.905 untuk aspek unik, nilai r=0.857 untuk aspek praktikal dan nilai r=0.758 untuk aspek perincian. Kajian ini juga menunjukkan aktiviti analisa maklumat menjadi penyumbang terbesar dalam proses reka bentuk untuk penghasilan produk kreatif. Sumbangan kajian ini ialah pembinaan web mobil yang boleh diakses pada alamat http://www.kajian_senireka.param.mobi/ sebagai sumber maklumat serta pengintegrasian teknologi CAD semasa aktiviti sintesis dan simulasi dalam proses reka bentuk.,The purpose of this research is to examine the effect of integrating mobile technology in developing information activity and the effect of integrating CAD technology in creating ideas activities during the design process to produce creative product. A mobile web being set up based on Caroll's minimal theory, while mobile and CAD technology integration based on Brown and Campione's technology of learning theory. This study utilized Hannafin and Peck model to build web mobile based on real case approach and a quasi-experimental method to study the effect of mobile technology and CAD technology integration in architectural design process. Final semester students from four (4) polytechnics which are Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Port Dickson (PPD) and Politeknik Merlimau (PMM) were chosen as research samples. Products from the analysis activity, synthesis activity and simulation activity during the design process were evaluated using the instruments developed by the researcher. The final product being evaluated using the validated instrument developed by researcher based on Creative Product Analysis Matrix (CPAM). The CPAM model defined creative product based on three aspects which are unique, practicality and detailing. The products from all the activities in the design process and the final product were evaluated by the experts. The descriptive statistics that were utilized were frequency, min and standard deviation. The inferential statistics namely t-test, Pearson correlation analysis and regression analysis with a significant level p = 0.01 were utilized. Research outcomes show that there is a significant difference between the treatment group product (M=79.1) and control group product (M=70.5). It also shows that there is a significant correlation between CPAM creative model aspects and the final product designed using mobile and CAD technology integration where r(unique)=0.905, r(practical)=0.857 and r(details)=0.758. The research outcomes also show that analysis activity is the largest contributor in the design process to produce creative product. The contributions from this research are the web mobile that can be accessed at http://www.kajian_senireka.param.mobi/ as the architectural information source and the integration of CAD technology in synthesis and simulation activities during design process.,Phd
Pages: 394
Call Number: LB1028.3.I845 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81758+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.