Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487772
Title: Pengaruh tahap kepercayaan epistemologi Islam dan tahap konsep kendiri terhadap tahap amalan pengajaran guru Pendidikan Islam
Authors: Nurul Asiah Fasehah Muhamad (P63953)
Supervisor: Mohd Isa Hamzah, Dr.
Keywords: Kepercayaan epistemologi
Konsep kendiri
Knowledge
Theory of (Islam)
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 25-Feb-2015
Description: Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepercayaan epistemologi Islam dan tahap konsep kendiri GPI serta pengaruhnya terhadap amalan pengajaran GPI di dalam kelas. Kajian ini berpaksikan kepada tujuh objektif utama iaitu untuk melihat tahap kepercayaan epistemologi Islam, konsep kendiri dan amalan pengajaran GPI, kemudian menganalisis perbezaan ketiga-tiga pemboleh ubah ini berdasarkan kepada faktor demografi iaitu jantina dan lokasi sekolah. Selain itu, hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah dan hubungan ketiga-tiga pemboleh ubah dengan tempoh pengalaman mengajar juga turut menjadi tumpuan kajian. Akhirnya, sumbangan faktor-faktor peramal terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu amalan pengajaran turut diteliti. Seramai 525 orang guru pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Teknik pensampelan yang digunakan ialah multistage cluster sampling. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data utama dan disokong dengan dapatan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepercayaan epistemologi Islam (M=4.26), konsep kendiri (M=4.08) dan amalan pengajaran (M=4.17) GPI berada pada tahap tinggi. Manakala analisis MANOVA mendapati tiada perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah berdasarkan jantina dan lokasi sekolah. Seterusnya, ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan antara kepercayaan epistemologi Islam dengan amalan pengajaran dengan kekuatan sederhana (r=0.405), begitu juga dengan hubungan kepercayaan epistemologi Islam dengan konsep kendiri turut memperoleh nilai kekuatan sederhana (r=0.410). Hubungan signifikan juga dikesan di antara konsep kendiri dengan amalan pengajaran dengan kekuatan hubungan kuat (r=0.794). Analisis korelasi Pearson konsep kendiri dan amalan pengajaran berdasarkan tempoh pengalaman mengajar menunjukkan keputusan signifikan namun sangat lemah dengan mencatatkan jumlah kekuatan yang sama (r=0.112). Manakala hubungan antara kepercayaan epistemologi Islam dengan tempoh pengalaman mengajar mencatatkan keputusan tidak signifikan. Kajian ini menyumbang sebanyak 44.2% kepada amalan pengajaran dengan 7 daripada 10 faktor menjadi peramal kepada amalan pengajaran. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap kepercayaan epistemologi Islam dan tahap konsep kendiri mempengaruhi tahap amalan pengajaran GPI. Manakala, tahap kepercayaan epistemologi Islam mempunyai kaitan dengan tahap konsep kendiri GPI. Kajian ini memberi implikasi kepada model pengajaran, IPG, penggubal dasar, sekolah dan guru Pendidikan Islam dalam hasrat meningkatkan kualiti pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan.,This study investigated the degree of IETs epistemological belief, self concept and their influence towards IETs teaching practice. This study also identified the degree of Islamic epistemological belief, self concept and teaching practice of Islamic education teachers and the differences among these three variables according to gender and school location. Furthermore, this study also aimed to know the correlation among these three variables and the correlation of these variables with IETs' teaching experience. Finally, the influence of Islamic epistemological belief and self concept towards IETs' teaching practice will be observed. There were 525 respondents involved from all over peninsular Malaysia. The sampling technique applied in this study was multistage cluster sampling. The study used quantitative method as main data and supported by qualitative data. The finding indicated the degree of respondents' Islamic epistemological belief (M=4.26), self concept (M=4.08) and teaching practice (M=4.17) were high. The MANOVA results showed no significant differences between variables according to gender and school location. Meanwhile, the Pearson test showed significant correlations between variables. Specifically, the correlation value for Islamic epistemological belief and teaching practice was moderate (r=0.405), meanwhile, the correlation between Islamic epistemological belief and self concept also moderate (r=0.410), while the correlation value for self concept and teaching practice was high (r=0.796). The second Pearson test indicated positive significant correlation between self concept and teaching practice with teaching experience, which value for both results were the same (r=0.112), indicated very weak correlation. Meanwhile the insignificant correlation showed between Islamic epistemological belief and teaching experience. Finally, the regression test revealed 44.2% contribution on teaching practice with 7 from 10 indicators became factors of IETs' teaching practice. In conclusion, this study found that Islamic epistemological belief and self concept influence IETs' teaching practice and there were correlation between Islamic epistemological belief and IETs' self concept. The study contributed to the teaching model, IPG, Government, school and IETs to enhance the teaching practice of Islamic education in Malaysia Secondary school.,Ph.D.
Pages: 449
Call Number: LB1027.2.N846 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80632+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.