Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487770
Title: | Profil keterujaan luar biasa pelajar pintar intelek dan kaitannya dengan keupayaan kognitif |
Authors: | Aliza Alias (P40514) |
Supervisor: | Rosadah Abd Majid, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pelajar pintar intelek Keupayaan kognitif Gifted children (Education) - Malaysia |
Issue Date: | 28-Apr-2014 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji profil dan juga pola keterujaan luar biasa dalam kalangan pelajar pintar intelek serta perkaitannya dengan keupayaan kognitif. Profil dan pola keterujaan luar biasa dikaji berdasarkan 5 domain keterujaan luar biasa iaitu psikomotor, sensori, imaginasi, intelek dan juga emosi, yang merupakan ciri universal pelajar pintar dan berbakat. Sementara aspek intelek dilihat dari keupayaan kognitif yang terbahagi kepada 4 komponen iaitu pemahaman lisan, kepantasan memproses maklumat, daya ingatan bekerja dan penaakulan pengamatan. Kajian ini telah mengenal pasti empat profil keterujaan luar biasa iaitu (i) Profil 1- imaginasi tinggi dan psikomotor rendah, (ii) Profil 2 - kesemua keterujaan luar biasa yang tinggi, (iii) Profil 3 - imaginasi rendah dan psikomotor tinggi dan, (iv) Profil 4 - kesemua keterujaan luar biasa yang rendah. Hasil penganalisisan MANOVA mendapati keupayaan kognitif pelajar dalam keempat-empat profil keterujaan luar biasa ini tidak mempunyai perbezaan, namun analisis regresi berganda mendapati keterujaan luar biasa yang tinggi dalam Profil 2 mempunyai perkaitan dengan pemahaman lisan, kepantasan memproses maklumat dan penaakulan pengamatan. Bagi pola keterujaan luar biasa pula didapati pelajar perempuan mempunyai keterujaan luar biasa sensori dan imaginasi yang lebih tinggi dari pelajar lelaki, sementara pelajar sekolah menengah pula didapati mempunyai keterujaan luar biasa intelek yang lebih tinggi dari pelajar sekolah rendah. Penganalisisan regresi berganda pula mendapati hanya keterujaan luar biasa psikomotor, intelek dan emosi yang mempengaruhi keupayaan pemahaman lisan, daya ingatan bekerja dan penaakulan pengamatan. Walau bagaimanapun kajian mendapati bahawa 62.4% pelajar mempunyai tahap tinggi dalam keterujaan luar biasa sensori berbanding dengan 4 domain lain yang kurang dari 50% yang menunjukkan sensitiviti pelajar terhadap rangsangan dari persekitaran mereka. Seterusnya dapatan kajian turut mendapati 85% pelajar pintar intelek ini mempunyai sekurang-kurang satu domain keterujaan luar biasa pada tahap tinggi manakala 1.5% lagi tidak mempunyai sebarang keterujaan luar biasa. Oleh itu seseorang pelajar yang telah dikenal pasti sebagai pintar intelek tidak semestinya mempunyai ciri keterujaan luar biasa.,The purposes of this research are to investigate the profiles and patterns of overexcitabilities among the intellectually gifted students, and also its relation to the students' cognitive abilities. The profiles and patterns of overexcitabilities are based on five domains of overexcitabilities that are psychomotor, sensual, imagination, intellectual and emotional, which are the universal characteristics of gifted and talented students. The intellectual aspects are based on four components of cognitive abilities which are verbal comprehension, processing speed, working memory and perceptual reasoning. This research has identified four profiles of overexcitabilities which are (i) Profile 1- high imagination and low psychomotor, (ii) Profil 2 high overexcitabilities, (iii) Profil 3 - low imagination and high psychomotor, and (iv) Profil 4 - low overexctitabilities. MANOVA analysis showed that there were no differences in cognitive abilities of the students within the 4 profiles of overexcitabilites, but multiple regression findings showed that high level of overexcitabilities in Profile 2 have relations with verbal comprehension, processing speed and perceptual reasoning. Female students scored higher overexcitablities in sensual and imagination than the male students, while secondary school students showed higher intellectual overexcitabilities than primary school students. From the multiple regression analysis, it is also found that only psychomotor, intellectual and emotional overexcitabilities have affected verbal comprehension, working memory and perceptual reasoning. Nevertheless, 62.4% of the intellectually gifted students possessed high level of sensual overexcitabilities compared to the other 4 domain of overexcitabilities which were less than 50%. The findings also showed that 85% of intellectually gifted students have at least one domain of overexcitabilities compared to 1.5% have no overexcitabilities. This indicates that a student who is identified as intellectually gifted does not mean he or she has overexcitabilites.,PhD |
Pages: | 234 |
Call Number: | LC3998.M4A445 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80013+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.