Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487769
Title: Keberkesanan modul asas keusahawanan bercirikan strategi pembelajaran masteri terhadap pelajar orang asli
Authors: Mohd Hasril Amiruddin (P48028)
Supervisor: Norasmah Hj. Othman, Profesor Madya Dr.
Keywords: Strategi pembelajaran masteri
Mastery learning
Issue Date: 25-Apr-2014
Description: Kajian ini adalah berbentuk eksperimen sebenar jenis ujian pra-pos yang bertujuan mengenal pasti keberkesanan modul asas keusahawanan yang bercirikan strategi pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan tingkah laku keusahawanan pelajar Orang Asli. Pengukuran pencapaian dalam kajian ini dilakukan dalam konteks topik-topik yang dipelajari sepanjang tempoh rawatan. Manakala tingkah laku keusahawanan diukur berdasarkan penilaian kendiri pelajar ke atas empat konstruk tingkah laku keusahawanan yang berkait dengan interpretasi tingkah laku pelajar untuk menceburkan diri dalam keusahawanan berdasarkan kepada ilmu asas keusahawanan yang diperoleh semasa rawatan. Dua kumpulan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar dalam kelas sedia ada yang dibahagikan secara rawak, terdiri daripada 80 pelajar Orang Asli di dua Pusat Latihan JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) iaitu Pusat Latihan Paya Bungor Kuantan, Pahang dan Pusat GIATMARA JAKOA Damansara Damai Sungai Buloh, Selangor. Pembahagian pelajar dalam setiap kelas adalah secara rawak yang ditentukan oleh pihak pentadbir pusat latihan itu sendiri. Seramai 40 responden berada dalam kumpulan eksperimen (Pembelajaran Masteri-PM) manakala 40 responden dalam kumpulan kawalan (Pembelajaran Tradisional-PT). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada set ujian, soal selidik dan soalan temu bual berstruktur. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, seperti ujian-t sampel bebas, ANCOVA, MANOVA dan MANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan PM memperoleh tahap pencapaian (effect size=0.56) dan perubahan tingkah laku keusahawanan (effect size=0.2) yang lebih tinggi berbanding kumpulan PT. Penggunaan strategi PM didapati berkesan terhadap perubahan tingkah laku pelajar berdasarkan data pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Kumpulan PM menunjukkan persepsi yang lebih positif terhadap peningkatan dan perubahan tingkah laku keusahawanan dalam kursus asas keusahawanan berbanding kumpulan PT. Kajian ini memberi implikasi terhadap amalan pendekatan pengajaran dan pembelajaran kursus asas keusahawanan di pusat latihan kemahiran di bawah kelolaan JAKOA. Oleh yang demikian inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar minoriti harus diberi perhatian. Ianya seiring dengan keperluan dalam pembangunan modal insan untuk melahirkan individu yang berkeupayaan memajukan diri dan menjadikan kehidupannya lebih berkualiti.,A true experimental design (pretest-posttest control group) was implemented to investigate the effectiveness of MLS on students' knowledge acquisition (achievement) and entrepreneurial behavior as compared to the traditional learning approach (TLA) among aboriginal (Orang Asli) students. Measurements of knowledge acquisition and entrepreneurial behavior in this study was conducted in the context of the topics learned throughout the treatment. Entrepreneurial behavior were measured by student self-assessment based on the four constructs of entrepreneurial behavior. It's related to interpretation of the behavior of students to participate in entrepreneurship based on basic entrepreneurial knowledge acquired during treatment. A true experimental pretest-posttest, was conducted in two JAKOA Training Centres using a module for basic entrepreneurial education. A total of 80 respondents were involved in this study was randomly divided by the administration's of training center. Instead that, two methods of instruction were used; the experimental group (n=40) was exposed to basic entrepreneurial knowledge using a mastery learning strategy (MLS), while the control group (n=40) used a traditional learning approach (TLA). The instrument used in this study is composed of a set of tests, questionnaires and structured interview questions. Data was analyzed using descriptive and inferential statistics, such as T-test independent sample, ANCOVA, MANOVA and MANCOVA. The results showed using MLS significantly increased acquisition of entrepreneurship knowledge (effect size=0.56) and entrepreneurial behavior (effect size=0.2) of aboriginal students compared to TLA. Based on observations and interviews data reveals, that MLS can provide a positive impact on entrepreneurial behavior among aboriginal students compared TLA. MLS group showed a more positive perception of improvement and behavioral change after attending the basic course of entrepreneurial. The implication of MLS in this study is appropriate for teaching, promoting learning, and conducting research among Orang Asli students. It is in line with the requirements of the development of human capital to produce individuals who are able to develop themselves and make a better quality of life.,PhD
Pages: 545
Call Number: LB1031.4.M835 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80009+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.