Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487759
Title: Pembangunan dan keberkesanan modul inovasi kereta solar dalam projek berasaskan sains terhadap motivasi dan pemikiran inovatif pelajar sains
Authors: Mohd Norawi Ali (P47710 )
Supervisor: Lilia Halim, Prof. Dr.
Keywords: Modul inovasi kereta solar
Motivation in education--Malaysia
Science--Study and teaching
Issue Date: 2014
Description: Kekurangan pelajar yang bermotivasi dan mempunyai pemikiran inovatif dalam subjek Sains boleh membantut pembangunan negara. Kajian ini melibatkan dua peringkat; pertama, pembinaan modul Inovasi Kereta Solar (I-SolBatCar) yang merujuk kepada model Dick dan Carey (1996) yang menggabungkan khazanah ilmu (FoK), analisis kerangka logik (LFA) dan strategi Konstruktivisme Needham Lima Fasa. Peringkat kedua, menguji keberkesanan pendekatan Projek Berasaskan Sains-Inovasi (PBS-I) yang mengintegrasikan modul I-SolBatCar sewaktu pengajaran ko-kurikulum terhadap motivasi dan pemikiran inovatif pelajar sains. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan faktorial 3 x 2. Faktor pertama ialah pendekatan pengajaran yang terdiri daripada PBS-I, Projek Berasaskan Sains (PBS) dan Pendekatan Biasa (PB). Faktor kedua ialah tahap kebolehan kognitif pelajar yang terdiri daripada kognitif tinggi (KT) dan kognitif rendah (KR). Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar sains sekolah menengah dan enam orang guru di enam buah sekolah harian pinggir bandar. Data kuantitatif diperolehi daripada Ujian Pra (Motivasi Awal dan Pemikiran Inovatif Awal) serta Ujian Pasca (Motivasi Akhir dan Pemikiran Inovatif Akhir) yang ditadbirkan ke atas sampel kajian. Selain daripada itu, kajian juga disokong oleh data kualitatif daripada analisis Jurnal Refleksi pelajar. Bagi analisis motivasi, analisis ANCOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan min skor Motivasi Akhir yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan kajian, iaitu pelajar yang mengikuti pendekatan PBS-I menunjukkan peningkatan Motivasi Akhir yang lebih baik berbanding PBS dan PB. Keputusan analisis ANCOVA dua hala mendapati terdapat kesan interaksi yang signifikan antara Pendekatan Pengajaran dengan Tahap Kognitif pelajar terhadap motivasi akhir. Pelajar yang mengikuti pendekatan PBS-I, sama ada pelajar Kognitif Tinggi (KT) atau Kognitif Rendah (KR) menunjukkan peningkatan motivasi yang lebih tinggi berbanding pelajar dalam kumpulan PBS dan kumpulan PB. Bagi analisis pemikiran inovatif, analisis ANOVA satu hala mendapati pelajar yang mengikuti PBS-I menunjukkan min skor Pemikiran Inovatif Akhir yang signifikan berbanding PBS dan PB. Selain daripada itu, ANOVA dua hala mendapati tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara Pendekatan Pengajaran dengan Tahap Kognitif pelajar terhadap Pemikiran Inovatif Akhir. Pelajar KT dan KR dalam kumpulan PBS-I mempunyai pemikiran inovatif yang lebih tinggi berbanding pelajar dalam kumpulan PBS dan PB. Pendekatan PBS memberi lebih kebaikan dari segi motivasi dan pemikiran inovatif pelajar kepada kedua-dua kumpulan KT atau KR berbanding dengan PB. Sementara itu, pendekatan PBS-I yang memberi penekanan terhadap khazanah ilmu, analisis kerangka logik (LFA) dan strategi konstruktivisme memberi lebih kebaikan terhadap peningkatan motivasi dan pemikiran inovatif bagi pelajar KT dan KR berbanding dengan PBS dan PB. Analisis Jurnal Refleksi pelajar mendapati pendekatan PBS-I dan PBS dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan membina resiliensi kendiri pelajar. Guru disarankan menjadikan PBS-I sebagai pendekatan alternatif dalam pengajaran sewaktu aktiviti ko-kurikulum untuk meningkatkan motivasi belajar Fizik dan pemikiran inovatif pelajar.,PhD
Pages: 474
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76444+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.