Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487758
Title: Penilaian pencapaian objektif program pembudayaan keusahawanan (PPK) di Politeknik Malaysia
Authors: Norfadhilah Nasrudin (P56733 )
Supervisor: Norasmah Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Program pembudayaan keusahawanan (PPK)
Business and education--Malaysia
Issue Date: 2014
Description: Objektif utama program keusahawanan adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman keusahawanan. Program Pembudayaan Keusahawanan (PPK) merupakan sebuah program keusahawanan bertujuan untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk menilai pencapaian objektif PPK di politeknik. Kajian ini menggunakan Model Penilaian Program Berasaskan Objektif Hammond (1973) berfokus kepada tiga dimensi utama iaitu dimensi institusi, dimensi pengajaran dan dimensi pencapaian tingkah laku keusahawanan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok dan rawak berstrata bagi memilih sampel kajian dari sebelas buah politeknik yang terdiri daripada 384 pelajar, 94 pegawai pelaksana dan seramai 20 peserta temu bual. Kutipan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik, ujian asas pengetahuan keusahawanan dan temu bual. Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengukur tahap ketiga-tiga dimensi. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengukur hubungan antara ketiga-tiga dimensi yang bertaburan normal. Statistik inferensi MANOVA telah digunakan untuk menguji perbezaan tahap pencapaian tingkah laku keusahawanan mengikut faktor demografi. Analisis regresi pelbagai stepwise telah digunakan untuk mengenal pasti faktor penyumbang kepada pencapaian tingkah laku keusahawanan pelajar. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah tematik dan koding. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian terhadap dimensi institusi, dimensi pengajaran dan dimensi pencapaian tingkah laku keusahawanan adalah pada tahap sederhana tinggi. Ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga dimensi. Analisis MANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian tingkah laku keusahawanan pelajar berdasarkan aspek pengalaman berniaga pelajar. Analisis regresi pelbagai (stepwise) melaporkan pelajar, pelaksana, keluarga dan persekitaran luar, kaedah, konten, kemudahan sumber dan pengalaman berniaga merupakan penyumbang kepada pencapaian tingkah laku keusahawanan pelajar. Faktor halangan berpunca daripada faktor pelajar, pelaksana, pentadbir dan kemudahan sumber. Kajian ini telah membuktikan bahawa PPK telah berjaya mencapai sebahagian objektif tingkah laku keusahawanan pelajar dan mencadangkan agar program ini perlu diteruskan ke seluruh politeknik di Malaysia.,PhD
Pages: 481
Call Number: LC1085.4.M4 N645 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76443+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.