Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487756
Title: Kemahiran untuk pekerjaan : proses sosial asas sistem latihan perantisan moden di Malaysia
Authors: Ridzwan Che' Rus (P59210)
Supervisor: Ruhizan Mohamad Yasin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sistem latihan perantisan
Kemahiran untuk pekerjaan
Workplace literacy--Malaysia
Literacy--Social aspects--Malaysia
Apprentices--Malaysia
Issue Date: 2014
Description: Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dari 2010-2015, Kerajaan Malaysia berharap bahawa pendidikan vokasional menjadi pendidikan arus perdana dan mengubah Malaysia kepada negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Usaha ini dilakukan melalui transformasi pendidikan vokasional bagi menambah bilangan pelatih ke arah menyediakan pekerja mahir dan separa mahir. Kajian-kajian lepas di Malaysia menunjukkan bahawa terdapat jurang yang wujud antara kemahiran yang dipelajari di institusi latihan dan juga kemahiran yang dikehendaki majikan. Namun demikian, tiada model dan juga kajian yang melihat proses sosial asas yang menyokong kepada pembentukan kemahiran yang berlaku di institusi latihan dan juga industri yang menyebabkan perkara ini berlaku. Persoalan yang wujud adalah, bagaimanakah proses sosial asas yang menyokong pembentukan pelatih yang berkemahiran tinggi berlaku? Pemahaman kepada proses ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah grounded theory yang menerokai proses sosial asas tersebut. Kajian yang menggunakan kaedah grounded theory ini menerokai isu utama yang berlaku dalam kalangan responden dan bagaimana mereka menyelesaikan isu utama tersebut. Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) dipilih sebagai pusat kajian. Responden yang terdiri daripada 15 pelatih ILPKL telah dipilih setelah mencapai persampelan teoretis dan disokong oleh data triangulasi daripada 10 orang pengajar, 5 orang penyelia industri, 2 orang pentadbir. Data dianalisis menggunakan kaedah pengekodan substantif, pengekodan teoretis dan juga kaedah perbandingan konstan. Data dipersembahkan menggunakan memo dan juga transkripsi verbatim. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran untuk pekerjaan adalah isu utama atau proses sosial asas grounded theory yang perlu dilalui responden. Proses sosial asas kemahiran untuk pekerjaan ini di susun secara 5 fasa iaitu fasa kemasukan, fasa penerimaan, fasa penyesuaian, fasa perubahan kelakuan dan fasa pemupukan pembelajaran. Untuk menyelesaikan semua fasa-fasa tersebut, terdapat 13 konsep asas yang menyokong proses tersebut yang disusun di dalam bentuk model iaitu ciri-ciri pelatih, kemudahan latihan, kurikulum dan sistem latihan, pengalaman pengajar, kaedah pengajaran, hubungan dengan Allah, hubungan dengan pentadbir, hubungan dengan kawan-kawan/senior, hubungan dengan majikan, hubungan dengan penyelia industri, hubungan dengan pengajar, hubungan dengan masyarakat dan hubungan dengan keluarga. Implikasi daripada dapatan kajian ini menjelaskan secara menyeluruh proses sosial asas yang berlaku dan konsep asas yang menyokong sistem latihan perantisan moden di ILPKL dan juga industri yang berkaitan. Ini memberi maklumat dan pengetahuan baru bahawa proses pembentukan pelatih di dalam teori kemahiran untuk pekerjaan yang berkemahiran tinggi memerlukan usaha semua pihak iaitu pembuat polisi, pentadbir, pengajar, majikan dan juga pelatih itu sendiri. Kerjasama semua pihak ini mampu menyumbang kepada usaha kerajaan melaksanakan proses transformasi pendidikan vokasional bagi membantu Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.,PhD
Pages: 347
Call Number: LC157.M4 R534 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76437+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.