Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487751
Title: Kajian tentang pelaksanaan pendidikan jasmani sekolah-sekolah peribumi penan di Malaysia
Authors: Abang Ismail Abang Haji Julhi (P47704)
Supervisor: Norlena Salamudin, Dr.
Keywords: Pendidikan jasmani
Peribumi penan
Physical education and training--Malaysia
Issue Date: 2014
Description: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah peribumi Penan di Malaysiamembina satu model pengajaran Pendidikan Jasmani sekolah-sekolah Peribumi, Penan di Malaysia. Panduan pembinaan model pengajaran yang dipelopori pakar-pakar pendidik digunakan oleh penyelidik sebagai garis panduan untuk memilih konstruk-konstruk kesesuaian kajian. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan minat ke sekolah, perubahan tingkah laku, penguasaan kemahiran dan perubahan pengetahuan pelajar di samping melihat pendekatan, strategi pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai digunakan guru untuk mengajar di sekolah-sekolah Penan di Malaysia sebagai asas pembinaan model ini.Dalam membina model ini penyelidik menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dan seramai 601 responden murid dan 180 responden guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah Penan, Sarawak. Statistik deskriptif kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis demografi responden kedua-dua respondenbagi mengenal pasti pendekatan, strategi pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan teknik yang signifikanuntuk sekolah Penan Statistik inferens ujian-t, ANOVA Sehala dan ANOVA Dua Hala dan korelasi Pearson untuk melihat perbezaan, perhubungan dan kesan interaksiterhadapminat ke sekolah, perubahan tingkah laku, pengetahuan dan penguasaan kemahiran responden murid. Dapatan kajian menunjukkan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jantina (p=.080) dan umur(p=.268) tetapi terdapat perbezaan signifikan dari segi etnik Penan (p=.014) minat ke sekolah pelajar-pelajar Penan di Malaysia. Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jantina, umur dan etnik Penan terhadap perubahan tingkah laku (p=.000). Nilai t=-4.948 dan F = -7.153 bagi perbezaan jantina. Bagi penguasaan kemahiran juga signifikan (p=.000) di mana nilai t=16.016, F=53.710.Pemboleh ubah perubahan pengetahuan nilai t=2.600 dan F=6.155 membawa kepada signifikan (p=.000). Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan faktor persekitaran dan nilai r=.260 dan saiz pelajar r=.445 dan nilai signifikan (p=.000) dengan minat hadir ke sekolah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran secara induktif (min=4.54), strategi pengajaran berpusatkan sumber (min=4.41), strategi pembelajaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (min=4.32) kaedah demonstrasi (min=4.41) dan teknik soal jawab (min=4.49) sesuai dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah Penan di Malaysia. Dapatan kajian ini, membantu guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Beberapa implikasi dan cadangan kajian telah dikemukakan untuk kesesuaian model pengajaran Pendidikan Jasmani ini dipraktikkan di sekolah-sekolah Penan di Malaysia.,PHD
Pages: 369
Call Number: GV303.M4 A234 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76248+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.