Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487745
Title: Adaptasi silang budaya ages & stages questionaires : social-emotional (ASQ:SE) di Malaysia
Authors: Suziyani Mohamed (P45602)
Supervisor: Hasnah Toran, Prof. Madya Dr.
Keywords: Adaptasi silang budaya
Educational tests and measurements
Child development--Testing
Infants--Development--Testing
Issue Date: 2014
Description: Mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan merupakan langkah pertama dalam perkhidmatan intervensi awal. Oleh yang demikian, kewujudan instrumen saringan yang sah, dipercayai, sesuai dengan budaya dan bahasa yang digunakan disesebuah negara adalah penting. Membangunkan instrumen saringan yang baru sememangnya memerlukan masa yang panjang, oleh itu kaedah adapatasi silang budaya merupakan kaedah yang terbaik bagi mewujudkan instrumen yang efektif dalam masa yang singkat. Kajian ini akan mengadaptasi instrumen Ages and Stages Questionnaire:Social-Emotional (ASQ:SE) 21 hingga 53 bulan. Seramai tujuh orang pakar bahasa dan empat orang pakar perkembangan awal kanak-kanak telah dilantik bagi meneliti dan mengesahkan isu penggunaan Bahasa Melayu, kesesuaian budaya dan kesahan kandungan setiap selang umur terjemahan ASQ:SE. Setelah itu, penyelidik mengedarkan terjemahan ASQ:SE kepada 954 orang ibu bapa bagi tujuan kajian psikometrik dan epidemiologikal klinikal. Panel pakar bahasa yang dilantik telah mengutarakan beberapa pembetulan bagi aspek terjemahan. Manakala pakar perkembangan awal kanak-kanak pula sebulat suara bersetuju bahawa item-item yang terdapat dalam terjemahan ASQ:SE sesuai dengan budaya Malaysia dan sah untuk mengukur tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Bagi kajian psikometrik, didapati terjemahan ASQ:SE mempunyai nilai ketekalan dalaman yang baik dengan nilai pekali alfa Cronbach berada dalam julat 0.67 hingga 0.80. Didapati terjemahan ASQ:SE mempunyai nilai kebolehpercayaan selari yang lemah yang tidak signifikan dengan nilai r = 0.140 hingga 0.217, dan nilai p>0.01. Walaubagaimanapun, terjemahan ASQ:SE didapati mempunyai tahap kebolehpercayaan item yang baik dengan nilai 0.96 hingga 0.98. Analisis Receiver Operating Characteristics (ROC) mendapati tanda aras skor keempat-empat terjemahan ASQ:SE ialah 71, 95, 100 dan 105. Kajian juga mendapati, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Analisis deskriptif yang dijalankan, mendapati majoriti mempunyai pandangan dan pendapat yang positif terhadap penggunaan ASQ:SE sebagai instrumen saringan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Dapatan ini hampir menyamai dapatan kajian kebergunaan yang dijalankan di United State. Adalah diharapkan agar instrumen ASQ:SE dapat digunakan di Malaysia bagi membolehkan perkhidmatan intervensi yang bersesuaian disalurkan kepada kanak-kanak yang berisiko dan mengalami masalah perkembangan.,PHD
Pages: 230
Call Number: LB1131 S958 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76239+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.