Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487741
Title: | Perkhidmatan kaunseling pelajar pintar dan berbakat |
Authors: | Abu Yazid Abu Bakar (P56674) |
Supervisor: | Noriah Mohd Ishak, Prof. Datuk Dr. |
Keywords: | Perkhidmatan kaunseling Pelajar pintar dan berbakat |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Kajian ini dilaksanakan bagi meneroka secara mendalam isu-isu lazim yang dihadapi pelajar pintar dan berbakat dalam persekitaran sekolah, serta mengkaji kewujudan sebarang perbezaan pengalaman dan persepsi terhadap perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat berbilang jantina, status sosioekonomi (SSE), dan bangsa. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bertujuan menyelidik kewujudan hubungan di antara pengalaman dan persepsi, serta menilai sama ada pengalaman mampu meramal persepsi pelajar pintar dan berbakat terhadap perkhidmatan kaunseling. Kajian yang mengguna pakai reka bentuk mixed method ini menggabungkan kedua-dua pendekatan kualitatif (kajian kes penerokaan) dan kuantitatif (kajian tinjauan silang rentas). Kajian ini dilaksanakan di Pusat PERMATApintar™ Negara, di mana keseluruhan 240 orang pelajar kohot pertama dan kedua Program Pendidikan PERMATApintar™ diambil sebagai sampel kajian menerusi kaedah persampelan bertujuan. Perisian NVivo versi 8.0 digunakan untuk analisis data kualitatif, manakala perisian SPSS versi 21.0 untuk analisis data kuantitatif. Dapatan menunjukkan bahawa isu-isu lazim yang dihadapi pelajar-pelajar pintar dan berbakat dalam persekitaran sekolah lebih terarah kepada dimensi perkembangan kerjaya dan akademik. Selain daripada itu, kajian turut mendapati bahawa tidak wujud perbezaan pengalaman terhadap perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat berbeza jantina, SSE, dan bangsa. Namun, dalam aspek persepsi terhadap perkhidmatan kaunseling pula, walaupun tidak wujud perbezaan dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat berbeza jantina dan SSE, dapatan menunjukkan wujud perbezaan persepsi yang signifikan dalam kalangan responden kajian berbilang bangsa. Di samping itu, kajian turut mendapati wujud korelasi yang signifikan di antara pengalaman dan persepsi pelajar pintar dan berbakat terhadap perkhidmatan kaunseling, di mana pengalaman didapati mampu meramal persepsi mereka terhadap perkhidmatan kaunseling dengan baik. Hasil kajian ini menjadi asas untuk membina kefahaman mendalam kepada keperluan kaunseling pendidikan pelajar pintar dan berbakat Malaysia, dan telah dijadikan teras untuk mengutarakan kerangka "amalan terbaik" perkhidmatan kaunseling khusus untuk populasi pelajar ini.,Ph.D. |
Pages: | 265 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76050+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.