Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487732
Title: Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen Kemahiran Generik Pelajar Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah Program Kejururawatan
Authors: Samsiah Mat (P31324)
Supervisor: Ruhizan Mohd Yasin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen Kemahiran Generik Pelajar
Pembinaan Instrumen Kemahiran Generik Pelajar Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah Program Kejururawatan
Pengesahan Instrumen Kemahiran Generik Pelajar Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah Program Kejururawatan
Problem-based learning
Issue Date: 15-Apr-2013
Description: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina item instrumen soal selidik bagi mengukur kemahiran generik pelajar melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) program kejururawatan yang sah dan boleh dipercayai berasaskan persepsi pelajar.Terdapat lima kemahiran generik yang diukur dalam instrumen yang dibina, iaitu Aplikasi Pengetahuan dan Kemahiran, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah, Sikap professional, dan Kerjasama Kumpulan dan Komunikasi.Prosedur pembinaan instrumen melalui tiga peringkat iaitu reka bentuk, pembinaan dan pengesahan.Bagi proses pengesahan instrumen ini pula dijalankan dalam dua pusingan. Sebanyak 167 item yang terhasil, 69 item telah digugurkan oleh peserta teknik Delphi dan pemilihan pakar, jumlah item bagi peringkat analisis penerokaan sebanyak 98.Pusingan pertama iaitu kajian dijalankan ke atas 498 orang pelajarbagi tujuan analisis penerokaan.Sejumlah 34 item telah digugurkan diperingkat analisis penerokaan dan 27 diperingkat analisis pengesahan faktor menggunakan model persamaan struktur (Structural Equation Modeling).Di Pusingan kedua,instrumen yang mengandungi 37 item ditadbirkan ke atas 225 orang pelajar program kejururawatan sebagai responden. Kajian ini memberikan dua implikasi yang utama iaitu; Implikasi teoretikal menunjukan kemahiran generik diperoleh melalui PBM membuktikan bahawa sebahagian daripada kemahiran generik yang dititkberatkan oleh institusi pengajian tinggi boleh dicapai dan diukur semasa sesi PBM. Pembelajaran berasaskan masalah boleh dikenalpasti dan ditetapkan semasa pembinaan atau semasa kemaskini kurikulum.Implikasi praktikal pula menunjukkan bahawa setiap program pengajian perlu aktiviti yang boleh diukur kemahiran generik semasa sesi PBM ini.Kemahiran generik sesi PBM program kejururawatan ini boleh digunakan oleh semua program kejururawatan iaitu bagi program diploma, diploma lepasan ijazah dan ijazah.,PhD
Pages: 277
Call Number: LB3058.M4 .S244 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75017+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.