Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487731
Title: Analisis Keperluan Pembangunan Dan Latihan Kemahiran Generik Di IPTS Bagi Memenuhi Keperluan Majikan Sektor Awam/Berkanun Dan Swasta
Authors: Rosima Alias (P42728)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Analisis Keperluan Pembangunan Kemahiran Generik Di IPTS
Analisis Keperluan Latihan Kemahiran Generik Di IPTS
Executives--Training of
Issue Date: 17-Jan-2013
Description: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan latihan dan pembangunan (L&P) kemahiran generik (KG) di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) negara ini. Analisis keperluan L&P KG adalah penting untuk memenuhi keperluan majikan-majikan di sektor awam/berkanun dan swasta. Aspek-aspek yang dinilai adalah dari segi aspek-aspek KG yang menjadi keutamaan majikan dan pekerja profesional, jurang prestasi pencapaian pelajar dalam aspek-aspek KG dengan keperluan majikan, jurang prestasi pembangunan KG yang dijalankan oleh pensyarah dan pihak pengurusan IPTS, kecekapan/penguasaan KG dalam kalangan para pensyarah IPTS dan menilai kekangan-kekangan yang dihadapi dalam membangunkan KG di IPTS. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan disokong dengan data temu bual dan analisis dokumen. Soal selidik melibatkan 365 orang pelajar IPTS, 161 pekerja profesional, 141 majikan dan 104 pensyarah IPTS. Temu bual melibatkan 12 orang responden (2 orang pelajar IPTS, 5 wakil majikan dan 5 pensyarah IPTS dan IPTA). Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi bagi menjawab objektif-objektif kajian. Daripada dapatan kajian, menunjukkan L&P KG di IPTS adalah sangat kritikal keperluannya berdasarkan jurang prestasi yang wujud dan keperluan aspek-aspek KG yang sangat tinggi dalam kalangan para majikan. Kajian ini telah mendapati bahawa; i) Aspek kepimpinan merupakan aspek KG yang sangat diperlukan oleh majikan-majikan negara ini dan berbeza dengan keperluan bagi seorang pekerja profesional dan pelajar IPTS; ii) Tahap penerapan KG yang dijalankan oleh pensyarah IPTS adalah memuaskan; iii) Kaedah-kaedah P&L KG yang dijalankan dalam tahap sederhana di IPTS; iv) Tahap pencapaian KG sedia ada pelajar IPTS adalah tinggi tetapi tidak dapat memenuhi keperluan para majikan; v) Penguasaan KG para pensyarah IPTS adalah memuaskan dan vi) Faktor-faktor masa, beban kerja, tanggung jawab yang pelbagai serta sikap negatif pelajar merupakan halangan utama membangunkan KG. Pola dapatan kajian telah dapat merumuskan satu pendekatan bersifat bersepadu dalam L&P KG untuk para pelajar IPT, satu diagram L&P yang lebih sistematik untuk kegunaan pihak pengurusan IPTS dan proses langkah demi langkah pembangunan KG bagi sistem pendidikan negara ini. Adalah diharapkan segala dapatan kajian ini dapat membantu IPT terutama IPTS dalam membangun dan seterusnya menguatkan L&P KG di IPT masing-masing.,PhD
Pages: 418
Call Number: HD30.4 .R648 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75005+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.