Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487729
Title: Amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Pesantren Immim Makassar, Indonesia
Authors: Ismail Suardi Wekke (P33844)
Supervisor: Maimun Aqsha Lubis, Prof. Madya Dr. Haji
Keywords: Amalan pengajaran Bahasa Arab
Amalan pembelajaran Bahasa Arab
Bahasa Arab
Bahasa Arab di Pesantren Immim Makassar
di Pesantren Immim Makassar
Indonesia
Arabic language--Study and teaching--Indonesia
Issue Date: 31-Jan-2012
Description: Kajian ini bertujuan mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Arab, di samping mengenalpasti budaya yang dapat mempengaruhi P&P bahasa Arab di pesantren. Seterusnya, kajian juga bertujuan mengenalpasti strategi pendekatan P&P yang dapat mempengaruhi P&P bahasa Arab di pesantren. Kajian dijalankan di Pesantren Ikatan Masjid Mushallah Muttahidah Indonesia (IMMIM), Makassar, Provinsi Sulawesi Selatan dengan reka bentuk kajian kaedah kualitatif. Bagi pengumpulan data menggunakan alat kajian temu bual dan pemerhatian. Kajian dokumen juga digunakan untuk memperkukuhkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pendidikan bahasa Arab di Pesantren IMMIM, Makassar, Provinsi Sulawesi Selatan berfungsi sebagai alat sosialisasi, alat integrasi dan sebagai penempatan sosial. Didapati tiga jenis budaya yang mempengaruhi P&P bahasa Arab di pesantren; budaya luar, budaya tempatan dan budaya pesantren. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat lima belas amalan yang menjadi budaya pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di pesantren IMMIM. Walaubagaimanapun, dikenalpasti terdapat beberapa kelemahan pelaksanaan kelima-limabelas amalan tersebut bagi mencapai keberkesanan empat kemahiran bahasa Arab secara maksimum. Diantaranya bagi amalan mahkamah bahasa di pesantren IMMIM perlu dijalankan melalui pendekatan yang bersesuaian untuk mencapai kemahiran mendengar dan bertutur. Begitu juga beberapa pendekatan yang kemas dicadangkan untuk mencapai kemahiran membaca dan menulis pada amalan karangan teratur.,PhD
Pages: 318
Call Number: PJ6068.I5 .S849 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74949+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.