Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487720
Title: Harga diri, kecelaruan kognitif, kemurungan, nilai moral dan strategi daya tindak remaja mangsa rogol
Authors: Salhah Abdullah (P47745)
Supervisor: Amla Salleh, Prof Datin Dr.
Keywords: Harga diri remaja mangsa rogol
Kecelaruan kognitif remaja mangsa rogol
Kemurungan remaja mangsa rogol
Nilai moral remaja mangsa rogol
Strategi daya tindak remaja
Remaja mangsa rogol
Rape victims--Mental health
Issue Date: 26-Nov-2012
Description: Tujuan utama kajian ini adalah untuk memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai kesan psikologi seperti harga diri, kecelaruan kognitif, kemurungan, nilai moral serta strategi daya tindak dalam kalangan remaja mangsa rogol. Responden kajian ini terdiri daripada 119 orang remaja perempuan mangsa rogol (umur antara 12 hingga 18) yang tinggal di pusat pemulihan. Kajian kes ini menggunakan pendekatan mixed method yang dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama menggunakan Soal Selidik Profil Remaja Mangsa Rogol yang mengandungi lima pengukuran psikologi; Skala Penilaian Harga Diri, Skala Kecelaruan Kognitif, Inventori Kemurungan Beck, Inventori Nilai Moral Remaja dan Inventori Strategi Daya Tindak. Fasa pertama menggunakan data analisis deskriptif untuk mengenalpasti profil remaja mangsa rogol. Fasa kedua, melibatkan 12 orang remaja mangsa rogol daripada peserta fasa pertama kajian ini. Mereka bersetuju ditemu bual dan juga menulis refleksi kendiri. Analisis kandungan digunakan bagi mengenalpasti tema daripada data temu bual dan dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa; (1) Remaja Mangsa Rogol dibahagikan kepada dua kategori - Melapor Dirogol (81 orang) dan Akta Rogol berdasarkan Definisi Undang-Undang (38 orang), (2) faktor-faktor tingkah laku tidak bermoral yang menyebabkan remaja berisiko tinggi dirogol, (3) remaja mangsa rogol meluahkan perasaan hilang harga diri, (4) remaja mangsa rogol menggunakan tiga jenis strategi daya tindak (fokus kepada sokongan sosial, fokus kepada adaptif maladaptif dan fokus kepada emosi) dalam menghadapi kesan psikologi, (5) nilai moral dan spiritual yang dipelajari daripada keluarga, rakan sebaya dan di sekolah, (6) remaja mangsa rogol mengatakan bahawa pendekatan kerohanian dan aktiviti keagamaan membantu mereka membina harga diri dalam proses pemulihan. Hasil kajian membawa implikasi kepada pencegahan dan pemulihan antaranya: (1) remaja perlu dididik tentang nilai tanggungjawab dan menjaga harga diri bagi mengelakkan menjadi mangsa rogol oleh orang yang dikenali, (2) pendekatan pencegahan terutamanya peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai moral seperti bertanggungjawab dan nilai agama kepada anak-anak, (3) memperkasakan pendidikan nilai moral dan agama kepada remaja bagi meningkatkan kefahaman tentang nilai harga diri, (4) program intervensi pemulihan kepada Remaja Mangsa Rogol untuk dibimbing menggunakan strategi daya tindak mendapatkan sokongan sosial bagi mengelak daripada berisiko dirogol berulang kali. (5) pendekatan psikopendidikan pelbagai dimensi khususnya nilai keagamaan dalam proses pemulihan. Oleh kerana tidak melihat faktor strategi daya tindak berasaskan nilai, maka kajian lanjutan dicadangkan untuk mengambil kira faktor tersebut bagi memperoleh pemahaman yang lebih baik terhadap peranan nilai moral dan agama dalam proses pemulihan mangsa dan pencegahan remaja yang berisiko dirogol.,PhD
Pages: 472
Call Number: RC560.R36 .S235 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74895+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.