Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487714
Title: | Kompetensi profesionalisme pensyarah di Fakultas Pendidikan Universitas Islam Riau |
Authors: | Nurmalinda (P35811) |
Supervisor: | Jainabee Kasim, Dr. |
Keywords: | Kompetensi profesionalisme pensyarah Fakultas Pendidikan Universitas Islam Riau Teacher effectiveness--Indonesia |
Issue Date: | 25-Jan-2011 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka komponen-komponen yang terdapat dalam kompetensi profesionalisme pensyarah di Fakultas Pendidikan Universitas Islam Riau berdasarkan tujuh komponen yang terdiri daripada: (i) pengetahuan kandungan, (ii) pengetahuan pedagogi, (iii) pengetahuan dalam konteks pendidikan,(iv) pengetahuan kurikulum, (v) pengetahuan tentang pelajar (vi) pengetahuan tentang tujuan dan nilainilai falsafah pendidikan dan (vii) pengetahuan pedagogi am. Selain itu kajian ini juga bertujuan menerangkan bagaimana tujuh komponen pengetahuan tersebut diterjemahkan ke dalam proses penaakulan pedagogi dan tindakan pensyarah semasa pengajaran ke dalam enam peringkat iaitu: (i) pemahaman, (ii) transformasi, (iii) tindakan pengajaran, (iv) penilaian, (v) refleksi dan (vi) pemahaman baru. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Pengumpulan data kajian ini dilaksanakan dalam jangka masa lapan bulan. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian tanpa turut serta dan analisis dokumen daripada lapan orang pensyarah. Untuk transkrip temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen di analisis ke dalam perisian Nvivo versi 7.0 untuk mencari tema dan diberikan kod. Kemudian hasil tema dianalisis dan disahkan menggunakan kaedah analisis Cohen Kappa. Tema-tema, sub-sub tema yang ditemui kemudian diberi kepada tiga orang pakar penilai bagi mencari nilai persetujuan. Hasilnya, pakar penilai memperoleh nilai persetujuan 0.8. Keseluruhan dapatan daripada pemerhatian tanpa turut serta dan temu bual kelapan-lapan orang pensyarah menunjukkan bahawa pensyarah berupaya untuk memiliki ketujuh-tujuh kompetensi profesionalisme dan diterjemahkan ke dalam enam peringkat untuk proses penaakulan pedagogi dan tindakan pensyarah semasa pengajaran untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pengetahuan tentang ICT adalah pengetahuan yang melengkapi kompetensi profesionalisme kelapan-lapan pensyarah dalam proses pengajaran. Kajian ini, diharapkan digunakan sebagai informasi bagi pensyarah dan membantu pihak fakulti bagi mempertingkatkan lagi kompetensi profesionalisme pensyarah di Fakultas Pendidikan Universitas Islam Riau.,PhD |
Pages: | 339 |
Call Number: | LB1025.3 .N837 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74880+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.