Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487712
Title: | Pengajaran dan pembelajaran Matematik melalui soalan berayat berbentuk kontekstual (PPMSBK) penyelidikan tindakan di sekolah rendah di provinsi Riau, Indonesia |
Authors: | Zulkarnain (G71948) |
Supervisor: | Subahan Moh Meerah, Prof. Dr. Datuk |
Keywords: | Pengajaran Matematik Pembelajaran Matematik Soalan berayat berbentuk kontekstual PPMSBK Penyelidikan tindakan Sekolah rendah di provinsi Riau Indonesia Word problems (Mathematics)--Study and teaching (Primary)--Indonesia--Riau |
Issue Date: | 25-Jul-2011 |
Description: | Tujuan yang ingin dicapai dalam pendidikan matematik pada dasarnya adalah bagi membolehkan pelajar menggunakan atau menerapkan matematik yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan dalam mempelajari pengetahuan yang lain. Pencapaian matematik pelajar dapat dilihat dari kemampuan mereka menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan soalan pengiraan dan soalan berayat. Soalan berayat adalah soalan yang disajikan dalam bentuk cerita dan berkaitan dengan pengalaman pelajar dalam kehidupan seharian. Mengembangkan kemampuan pelajar dalam menyelesaikan soalan berayat merupakan salah satu tujuan pengajaran matematik yang penting di sekolah, kerana soalan berayat dapat meningkatkan kemampuan penyelesaian masalah. Namun kenyataannya ialah matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang kurang diminati pelajar. Penguasaan pelajar dalam matematik adalah rendah serta pelajar sukar untuk menyelesaikan masalah soalan berayat. Oleh itu, perlu diadakan kajian bagi meningkatkan kemampuan pelajar dalam menyelesaikan soalan berayat. Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki amali guru bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemampuan guru menggunakan pengajaran dan pembelajaran matematik melalui penggunaan soalan berayat berbentuk kontekstual (PPMSBK) di sekolah rendah di Provinsi Riau, Indonesia sebagai satu inovasi pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat proses PPMSBK memberi impak kepada perilaku pelajar yang positif dalam meningkatkan pemahaman dan pencapaian matematik. Produk yang dihasilkan ialah perubahan pengajaran dan pembelajaran matematik ke arah pengajaran dan pembelajaran kontekstual dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar. Penyelidik melihat kemampuan guru untuk memotivasi pelajar dalam PPMSBK dan menstruktur PPMSBK, serta pandangan guru terhadap penggunaan PPMSBK. Penyelidik juga mengkaji impak daripada penggunaan PPMSBK ke atas: (1) pencapaian matematik pelajar, (2) kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah soalan matematik berayat, (3) sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas PPMSBK, dan (4) motivasi pencapaian pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas PPSMBK. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian tindakan yang dilakukan sebanyak tiga pusingan. Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif bersama penyelidik dan seorang guru matematik. 21 orang pelajar tahun V (umur 10-11 tahun) terlibat dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, temu bual, rakaman video, rakaman audio, memo analitik, ujian pencapaian matematik, dan soal selidik untuk mengukur: motivasi pencapaian dan sikap pelajar terhadap matematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemampuan guru menjalankan PPMSBK kurang memuaskan dan banyak mengalami masalah pada peringkat pusingan awal tindakan. Namun kemampuan guru tersebut semakin meningkat dan mantap pada peringkat pusingan akhir tindakan. Hal ini terlihat dari kemampuan guru menggunakan PPSMBK pada pusingan I mencapai purata 22.21 yang berada pada peringkat kejayaan kurang, naik menjadi purata 26.36 pada pusingan II yang berada pada peringkat berjaya/baik, dan naik lagi menjadi purata 32.63 pada pusingan III yang berada pada peringkat di atas batas sangat berjaya/sangat baik. Guru mempunyai pandangan yang baik terhadap penggunaan PPMSBK. Kemampuan guru memotivasi pelajar dan menstruktur PPMSBK dapat mewujudkan peningkatan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah, pencapaian matematik pelajar, motivasi pencapaian pelajar, sikap pelajar terhadap matematik.,PhD |
Pages: | 282 |
Call Number: | QA63 .Z835 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74874+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.