Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487708
Title: Instrumen pentaksiran 'kesediaan' murid prasekolah (IPKP): pembinaan dan keresahan
Authors: Mohemed Ayob Sukani (P27461)
Supervisor: Rohaty Mohd. Majzub, Prof. Puan Seri Dr.
Keywords: Instrumen pentaksiran
Instrumen pentaksiran 'kesediaan' murid prasekolah
IPKP
Pembinaan
Keresahan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 6-Mar-2014
Description: Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen pentaksiran 'kesediaan' murid prasekolah (IPKP). Reka bentuk kajian melibatkan kaedah kuantitatif, yang mengemukakan empat domain 'kesediaan' prasekolah murid di prasekolah iaitu domain psikomotor, domain bahasa dan komunikasi, domain kognitif, dan domain sosioemosi, bagi sampel umur antara 4+ tahun hingga 5+ tahun. Untuk mencapai objektif kajian, proses pembinaan instrumen melibatkan tiga peringkat, iaitu Peringkat Mereka Bentuk, Peringkat Pembinaan, dan Peringkat Pengesahan. Pada peringkat pertama kajian, keperluan mereka bentuk item diperoleh melalui rujukan pakar (content expert dan practioner expert) pendidikan prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak dan kajiselidik terhadap pengamal, yakni guru prasekolah serta rujukkan dokumen dan penganalisaan ke atas instrumen-instrumen pentaksiran 'kesediaan' sedia ada. Selepas definisi operasi setiap domain 'kesediaan' dikenal pasti, jadual spesifikasi item (JSI) bagi instrumen dibina berdasarkan definisi operasional. Pada peringkat kedua, pembinaan item instrumen melibatkan penulisan item berdasarkan JSI. Panel pakar diminta menyemak 134 item bagi memastikan item-item sesuai dengan empat domain kajian. Item-item disemak semula dan dimurnikan berdasarkan cadangan panel pakar dan menggugurkan sejumlah 54 item. Kajian rintis pertama ditadbir ke atas 107 murid prasekolah menggunakan instrumen IPKP semakan saringan ke-2 dengan 80 item, menemukan nilai Alpha Cronbach = 0.8430. Analisis kebolehpercayaan dan keesahan instrumen dilakukan dan analisis menggugurkan empat puluh item. Selanjutnya bagi kajian rintis kedua dengan IPKP saringan ke-3, kajian ini melibatkan sampel seramai 911 orang murid prasekolah dari 43 buah sekolah kebngsaan di empat daerah di negeri Selangor, yang dipilih secara persampelan rawak berstrata, dengan melibatkan lokasi luar bandar dan bandar, menemukan capaian nilai Alpha Cronbach = 0.9169. Analisis data menggunakan program SPSS versi 11.5. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan KR20 bagi empat domain berada antara 0.9070 dan 0.9364. Kebolehpercayaan uji dan uji semula menunjukkan korelasi signifiken di mana indeks antara 0.862 dan 0.908. Kebolehpercayaan antara pemeriksa menunjukkan korelasi signifiken di mana indeks adalah antara 0.986 dan 0.998. Manakala, kebolehpercayaan ujian bahagi dua pula menunjukkan nilai korelasi item-item instrumen adalah .8825. Keesahan panel pakar dan keesahan konstruk adalah menggunakan analisis faktor penerokaan, serta korelasi item dengan jumlah skor dan antara item. Indeks kesukaran (IK) item adalah antara 0.40 dan 0.53, manakala indeks diskriminasi (ID) item adalah antara 0.44 dan 0.66. Proses analisis tambahan ke atas instrumen IPKP adalah melibatkan analisis normaliti taburan skor. Justeru, instrumen yang dibina berserta manual dan rubrik pensekoran skala 0-3, didapati memenuhi ciri-ciri psikometrik dan metrikrubrik sebuah instrumen yang boleh digunakan sebagai instrumen pentaksiran 'kesediaan'' murid prasekolah.,PhD
Pages: 489
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74821+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.