Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487704
Title: | Amalan keibubapaan, pengaturan kendiri dan tingkah laku sosial dalam kalangan remaja |
Authors: | Mohamad Shafii b Abdul Manap (P33759) |
Supervisor: | Saemah bt Rahman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Keibubapaan Tingkah laku sosial Remaja Behavior modification |
Issue Date: | 17-Apr-2013 |
Description: | Remaja sentiasa berdepan dengan cabaran hidup yang memerlukan kebolehan, kemahiran serta pengetahuan mereka untuk bersaing dalam arus globalisasi masa kini. Bukan sahaja ibu bapa diperlukan dalam proses pembesaran remaja, malah pengaturan kendiri yang baik juga penting untuk remaja mengelakkan diri mereka daripada terlibat dengan tingkah laku berisiko. Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara amalan keibubapaan (kemesraan, kawalan psikologi dan kawalan tingkahlaku), pengaturan kendiri (ketahanan emosi, tindakan aktif, penyesuaian, ketabahan dan pemantauan kendiri) dengan tingkahlaku sosial (tingkah laku prososial dan tingkahlaku antisosial). Seramai 432 orang pelajar tingkatan empat dari sekolah menengah harian Negeri Sembilan dipilih sebagai responden kajian. Responden mengisi borang soal selidik skala Likert yang diberi dalam tempoh masa yang tertentu. Amalan keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Childrens reports of parental behaviour: an inventory. Pengaturan kendiri remaja pula diukur menggunakan skala 'Pengaturan Kendiri Remaja'. Tingkahlaku remaja diukur menggunakan skala 'Prosocial Self-regulation Questionnaire'. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemesraan ibu bapa dan tahap tingkahlaku prososial remaja adalah tinggi. Tahap kawalan psikologi dan kawalan tingkahlaku ibu bapa adalah sederhana, begitu juga tahap pengaturan kendiri remaja adalah sederhana. Tahap tingkahlaku antisosial remaja adalah pada tahap rendah. Amalan keibubapaan didapati berkait secara signifikan dengan pengaturan kendiri dan tingkahlaku sosial remaja. Analisis regresi berganda menunjukkan terdapat sumbangan langsung kemesraan dan kawalan tingkahlaku ibu bapa terhadap tindakan aktif, penyesuaian, ketabahan dan pemantauan kendiri remaja. Kemesraan ibu bapa juga didapati memberi sumbangan langsung terhadap tingkahlaku sosial remaja. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengaturan kendiri remaja memberi sumbangan signifikan terhadap tingkahlaku sosial. Tidak terdapat sumbangan tidak langsung antara amalan keibubapaan, pengaturan kendiri dengan tingkahlaku sosial remaja. Cadangan model amalan keibubapaan, pengaturan kendiri dan tingkah laku sosial remaja dibincangkan, serta kesignifikanan amalan keibubapaan terhadap pengaturan kendiri dan tingkah laku remaja. Kajian ini menambahkan bahan literatur tentang bagaimana amalan keibubapaan dapat membentuk pengaturan kendiri dan tingkah laku prososial anak-anak remaja dengan berkesan, serta bagaimana memberi implikasi kepada para pengkaji dan para pengamal.,Ph.D |
Pages: | 243 |
Call Number: | LB1060.2.M837 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74765+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.