Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487703
Title: Penilaian penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) peringkat menengah atas
Authors: Zarina Md Yasin (P49230)
Supervisor: Zahara Aziz, Prof. Madya Datin Dr.
Keywords: Penilaian penerapan
Kemahiran pemikiran sejarah (KPS)
Menengah atas
Thought and thinking -- Study and teaching
Issue Date: 20-Aug-2013
Description: Kajian ini adalah kajian penilaian terhadap sejauhmana penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) peringkat menengah atas di sekolah dilaksanakan. Kajian ini menggunakan model CIPP (Context, Input, Process, Product) dengan memberi fokus kepada tiga daripada empat komponen iaitu penilaian tentang sumber sedia ada (input), perlaksanaan (proses) dan hasil (produk). Model CIPP digunakan untuk mengukur komponen sumber sedia ada yang merangkumi empat dimensi iaitu pengetahuan KPS guru, kemahiran KPS guru, keperluan latihan guru dan penggunaan bahan sokongan dalam melaksanakan KPS. Manakala komponen perlaksanaan merangkumi dimensi amalan P&P guru, aktiviti yang dijalankan untuk murid dan pemantauan dari perspektif guru. Komponen hasil pembelajaran pula merangkumi tiga dimensi iaitu pengetahuan KPS murid, kemahiran KPS murid dan sikap murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 205 orang guru Sejarah menengah atas di Negeri Sembilan dan 380 orang murid Tingkatan Empat. Persampelan adalah secara persampelan rawak berstrata. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Selain itu, kaedah temubual dan pemerhatian turut digunakan. Seramai 4 orang guru Sejarah ditemubual dan pemerhatian tanpa ikut serta dijalankan untuk mendapat penjelasan lebih terperinci ke atas fenomena sebenar yang dikaji. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Kajian rintis turut dijalankan bagi mendapatkan keesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Keputusan kajian ini menunjukkan tahap perlaksanaan penerapan KPS secara keseluruhannya adalah tinggi. Walaupun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti untuk penambahbaikan terutama dalam aspek penggunaan bahan sokongan, sistem pemantauan, kemahiran KPS murid dan sikap murid terhadap mata pelajaran sejarah. Analisis MANOVA menunjukkan secara keseluruhannya terdapat perbezaan yang signifikan dimensi-dimensi perlaksanaan penerapan KPS peringkat menengah atas berdasarkan pengalaman mengajar guru dan lokasi sekolah. Bagi komponen hasil pembelajaran murid pula dipengaruhi oleh lokasi sekolah. Perhatian harus diberikan dalam usaha penambahbaikan untuk melaksanakan penerapan KPS seterusnya.,Ph.D
Pages: 277
Call Number: LB1051.Z346 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74701+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.