Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487701
Title: Intervensi kaunseling kelompok tingkah laku kognitif ke atas mangsa buli di sekolah
Authors: Amin Al Haadi Shafie (P50993)
Supervisor: Zuria Mahmud, Prof. Dr.
Keywords: Intervensi
Kaunseling kelompok
Kognitif
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Bullying in schools -- Malaysia
Issue Date: 11-Sep-2013
Description: Kajian ini bertujuan menyelidik kesan intervensi kaunseling kelompok berasaskan Terapi Tingkah laku Kognitif (Cognitive Behaviour Therapy) ke atas perkembangan pengetahuan tentang buli dan sebab diri dibuli, efikasi kendiri dan ketegasan kendiri dalam kalangan mangsa buli di sekolah. Kajian eksperimen ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah di Selangor dengan melibatkan 8 orang pelajar dan 8 orang guru. Kajian telah dijalankan selama dua bulan dengan sepuluh sesi kaunseling kelompok, yang dirakam secara audio. Antara teknik-teknik dalam Intervensi kaunseling kelompok untuk mangsa buli termasuklah LDK, teknik imaginasi, main peranan (role play), tenang diri, pertunjukan video, pemberian maklumat, sokongan dan galakan dari ahli kelompok serta penggunaan soalan sokratis. Data telah dikumpulkan dengan kaedah 'mix method'. Data kualitatif dikumpul secara temu bual dengan mangsa buli, guru kelas, pemerhatian dan catatan dari jurnal pelajar dari kumpulan kajian dan diuruskan menggunakan Nvivo8. Data kuantitatif pula dikumpul dengan menggunakan alat ukur 'Peer Agression Coping Self Eficacy Scale' dan 'Rathus Assertiveness Schedule'. Data telah dianalisis dengan kaedah non peramatrik dalam membuat perbandingan data ujian pra dan pasca eksperimen menggunakan Wilcoxon T. Kedua-dua kumpulan data diuruskan secara trangulasi, di mana data kualitatif dan kuantitatif menyokong antara satu sama lain untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan intervensi kaunseling kelompok terapi tingkah laku kognitif telah memberi kesan yang positif kepada kumpulan kajian dalam perkembangan : peningkatan (1) pengetahuan tentang buli dan (2) sebab diri dibuli, (3) ketegasan kendiri dan (4) efikasi kendiri. Faktor-faktor terapeutik dalam kelompok intervensi mangsa buli yang diketahui ialah (1) penerapan harapan, (2) kesejagat, (3) Pencontohan tingkah laku, (4) kejelikitan dan (5) katarsis. Kajian ini mencadangkan intervensi untuk mangsa buli melibatkan peningkatan pengetahuan tentang buli dan sebab diri dibuli serta efikasi kendiri dan ketegasan kendiri menjadi sebagai langkah asas untuk menangani isu buli di sekolah.,Ph.D.
Pages: 517
Call Number: LB3013.34.M4.A475 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74652+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.