Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487700
Title: | Kesan inovasi MTEP LK dalam pengajaran dan pembelajaran lukisan kejuruteraan dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik |
Authors: | Azaman bin Ishar (P42815) |
Supervisor: | Lilia Halim, Prof Dr. |
Keywords: | Inovasi MTEP LK Pengajaran dan pembelajaran Lukisan kejuruteraan Pelajar tingkatan empat Sekolah menengah teknik Teaching -- Technological innovations |
Issue Date: | 21-Dec-2012 |
Description: | Kajian ini bertujuan melihat kesan perlaksanaan inovasi MTEP LK dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Lukisan Kejuruteraan (LK) di Sekolah Menengah Teknik (SMT). Kesan terhadap inovasi MTEP LK dilihat dari aspek pencapaian, penguasaan kefahaman konsep, penguasaan pengetahuan penyelesaian masalah, amalan aktiviti penyelesaian masalah, kemahiran penyelesaian masalah dan persepsi pelajar terhadap kaedah P&P LK. MTEP LK dibangunkan menggunakan model pendekatan sistematik terancang berdasarkan teori konstruktivisme dan teori beban kognitif serta mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah. MTEP LK dibangunkan khusus bagi tajuk Tangen, Elips dan Parabola (TEP) yang terdiri daripada modul bercetak dan modul beranimasi komputer. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini yang menggunakan dua jenis instrumen iaitu ujian pencapaian LK dan soal selidik. Pemilihan sampel dilakukan dengan dua kaedah iaitu pensampelan bertujuan bagi memilih sekolah dan pensampelan rawak mudah bagi memilih kumpulan. Subjek kajian terdiri daripada 219 orang pelajar dengan kumpulan eksperimen seramai 110 orang dan kumpulan kawalan seramai 109 orang. Kumpulan eksperimen menggunakan inovasi MTEP LK dalam P&P manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Tiga bentuk analisis data digunakan iaitu statistik deskriptif, statistik inferensi dan analisis kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang singnifikan terhadap pencapaian LK, penguasaan kefahaman konsep TEP LK dan penguasaan pengetahuan penyelesaian masalah LK di mana skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Walaubagaimanapun dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan penyelesaian masalah, kemahiran penyelesaian masalah dan persepsi pelajar terhadap P&P LK di antara kedua-dua kumpulan, namun skor min kumpulan eksperimen lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan. Manakala pandangan terbuka guru dan pelajar terhadap inovasi MTEP LK menunjukkan respon yang sangat positif. Ini menunjukkan bahawa perlaksanaan inovasi MTEP LK dalam P&P berjaya meningkatkan pencapaian pelajar, meningkatkan penguasaan kefahaman konsep pelajar, meningkatkan penguasaan pengetahuan penyelesaian masalah pelajar dan turut memberi kesan yang positif ke atas amalan penyelesaian masalah, kemahiran penyelesaian masalah dan persepsi pelajar terhadap P&P LK. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian teori konstruktivisme dan teori beban kognitif perlu diambil kira dalam pembangunan bahan bantu P&P LK yang berkesan. Selain itu untuk melaksanakan strategi penyelesaian masalah dengan berkesan, guru perlulah diberi latihan yang mencukupi dan pelajar pula perlu diberi pendedahan yang secukupnya agar pelajar dapat menguasai strategi ini dengan lebih bermakna.,Ph.D |
Pages: | 477 |
Call Number: | LB1027.A995 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74355+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.