Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487699
Title: Keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran Sejarah berteraskan perspektif kepelbagaian budaya terhadap pembentukan integrasi nasional
Authors: Ahmad Ali Seman (P40517)
Supervisor: Abdul Razaq Ahmad, Prof. Madya Dato Dr.
Keywords: Modul pengajaran dan pembelajaran
Sejarah
Budaya
Integrasi nasional
History -- Study and teaching -- Malaysia
Issue Date: 11-Nov-2011
Description: Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah berasaskan kepelbagaian budaya dan kesannya terhadap integrasi nasional. Bagi melaksanakannya kaedah pengajaran integratif yang menggabungkan kepelbagaian teknik digunakan. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan Kepelbagaian budaya merangkumi perspektif sejarah budaya (PSB) dari aspek persefahaman budaya, perspektif sejarah etnik (PSE) dari aspek toleransi kaum dan perspektif sejarah kebangsaan (PSK) dari aspek identiti kebangsaan. Kajian berbentuk kuasi eksperimen dilaksanakan selama 15 minggu, melibatkan dua buah sekolah menengah kebangsaan iaitu 81 orang pelajar Tingkatan Dua dijadikan kelas rawatan dan 80 orang pelajar Tingkatan Dua dijadikan kelas kawalan. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik telah dilaksanakan secara ujian pra dan pasca bagi kelas rawatan dan kawalan. Penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi menerusi program SPSS-x versi 11.5. Analisis Alfa Cronbach bagi kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi antara 0.80 hingga 0.96 bagi semua konstruk kepelbagaian budaya. Hasil ujian pra menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara konstruk PSB dari aspek persefahaman budaya, konstruk PSE dari aspek toleransi kaum, PSK dari aspek identiti kebangsaan dan integrasi nasional antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Hasil kajian post test menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sejarah berasaskan kepelbagaian budaya mampu meningkatkan integrasi nasional. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi keseluruhan perspektif kepelbagaian budaya terhadap integrasi nasional di antara kumpulan rawatan dan kawalan. Hasil kajian dalam kumpulan rawatan menunjukkan perspektif pelajar terhadap aspek kepelbagaian budaya berada pada tahap skor min yang tinggi iaitu bagi aspek persefahaman budaya, toleransi kaum, identiti kebangsaan dan juga pembolehubah bergantung iaitu integrasi nasional. Hasil analisis ANOVA dan MANOVA bagi kelas rawatan menunjukkan terdapat perbezaan perspektif Sejarah budaya dari aspek persefahaman budaya, perspektif sejarah etnik dari aspek toleransi kaum dan perspektif sejarah kebangsaan dari aspek identiti kebangsaan berdasarkan jantina dan kaum. Selain daripada itu, terdapat hubungan yang signifikan di antara pengajaran Sejarah berasaskan kepelbagaian budaya terhadap integrasi nasional. Analisis regresimenunjukkan sumbangan perspektif sejarah budaya sebanyak 55%, perspektif sejarah kebangsaan sebanyak 11% dan perspektif sejarah etnik sebanyak 2.5% terhadap integrasi nasional. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sejarah berasaskan kepelbagaian budaya amat sesuai dijadikan satu model pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan integrasi nasional. Adalah diharapkan mata pelajaran Sejarah boleh dijadikan satu pendekatan penting dalam membantu pihak kerajaan meningkatkan perpaduan kaum dalam konteks masyarakat majmuk bagi merealisasikan konsep 1 Malaysia.,Ph.D
Pages: 277
Call Number: D16.2.A373 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74346+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.