Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487695
Title: Gaya dan strategi pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik mengikut gender dan jenis sekolah
Authors: Nor Aniza Ahmad (P28532)
Supervisor: Zalizan Mohd, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Learning strategies
Pembelajaran
Pencapaian akademik
Gender
Sekolah
Issue Date: 4-Jun-2011
Description: Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya dan strategi pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik berdasarkan gender dan jenis sekolah (sekolah satu gender dan sekolah bercampur). Instrumen gaya dan strategi pembelajaran telah diedarkan kepada 400 orang pelajar berumur 15 tahun (tingkatan tiga) dari sekolah satu gender dan sekolah bercampur. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Tinjauan awal ke atas trend pencapaian pelajar lelaki dan perempuan dalam tempoh enam tahun dibuat dengan menggunakan data sekunder. Trend pencapaian pelajar dalam PMR memperlihatkan pelajar perempuan secara konsisten mendahului pencapaian pelajar lelaki. Pencapaian pelajar perempuan di sekolah bercampur lebih baik daripada pencapaian pelajar perempuan di sekolah satu gender. Berdasarkan analisis varians (ANOVA) dan ujian-t, terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan mengikut jenis sekolah. Analisis varians multivariate (MANOVA) menunjukkan perbezaan gaya pembelajaran yang signifikan di dalam domain modaliti deria. Analisis juga memperlihatkan perbezaan strategi pembelajaran yang signifikan di dalam strategi pembelajaran bahasa Melayu iaitu dalam konstruk strategi di dalam kelas dan strategi peperiksaan berdasarkan gender dan jenis sekolah. Analisis diskriminan pelbagai digunakan untuk melihat perbezaan gaya dan strategi pembelajaran berdasarkan tahap pencapaian mata pelajaran. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan gaya pembelajaran yang signifikan di dalam domain modaliti deria dan sosial berdasarkan tahap pencapaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bagi strategi pembelajaran, keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua konstruk strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan tahap pencapaian mata pelajaran tersebut. Hasil analisis model persamaan berstruktur menunjukkan terdapat hubungan tidak langsung yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik melalui strategi pembelajaran bagi pelajar lelaki dan perempuan di sekolah satu gender. Kajian ini memberi kefahaman terhadap isu trend pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di dalam peperiksaan PMR peringkat kebangsaan adalah disebabkan oleh jenis sekolah dan juga strategi pembelajaran mereka. Sehubungan itu, dicadangkan kajian selanjutnya dijalankan dengan memberikan fokus kepada peranan jenis sekolah iaitu sama ada sekolah satu gender atau sekolah bercampur memberi kesan kepada keperluan pelajar lelaki sebelum melibatkan sebarang dasar dan polisi.,Ph.D.
Pages: 293
Call Number: LB1060.N668 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74327+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.