Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487677
Title: | Perbandingan metodologi di antara Ahmad Shakir dan Shu'ayb al-Arna'ut dalam mentahqiq kitab Musnad al-Imam Ahmad |
Authors: | al-'Umari Hassan Hussain Ali (P37900) |
Keywords: | Tahqiq Kitab Musnad al-Imam Ahmad Hadith Criticism interpretation |
Issue Date: | 24-Oct-2012 |
Description: | Kajian ini membandingkan metodologi Ahmad Shakir dan Shu'ayb al-Arna'ut dalam mentahqiq kitab Musnad al-Imam Ahmad, dengan menumpukan kepada tiga musnad yang pertama. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan kedua-dua tokoh ini dalam metodologi mentahqiq kitab tersebut, disamping mengkaji perbezaan metode mereka dengan penyunting/pentahqiq lain dalam aspek menentukan tahap hadith. Tahqiq mereka dianalisis berpandukan kaedah-kaedah para ulama ilmu hadith. Musnad al-Imam Ahmad mempunyai kedudukan yang istimewa di kalangan para ulama ilmu hadith khususnya, dan di kalangan umat Islam pada umumnya. Musnad ini juga merupakan rujukan penuntut ilmu dan umat Islam. Dalam penulisan beliau, al-Imam Ahmad tidak menghuraikan tahap dan hukum sesuatu hadith yang beliau riwayatkan. Walaupun Ahmad Shakir dan Shu'ayb al-Arna'ut telah menyunting buku Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal ini, terdapat perbezaan di antara kedua mereka ketika memberi hukum terhadap kesahihan sesuatu hadith. Oleh kerana itu, analisa terhadap pendekatan kedua-dua penyunting ini dengan berpandukan pendekatan para ulama jarh wa ta'dil adalah penting bagi mengenalpasti sama ada perbezaan di antara mereka ini mempunyai dalil atau sebaliknya. Matlamat kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan dan persamaan metodologi kedua-dua tokoh ini dan menghuraikan sebab-sebabnya. Ia juga membahaskan perselisihan pendapat kedua tokoh ini terhadap hukum sesuatu hadith, dan menghuraikan kesahihan hadith yang mereka persetujui, serta yang menyalahi pendapat para ulama hadith lain. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah menganalisa teks hadith yang terdapat di Musnad ini di samping buku hadith lain yang disunting kedua penyunting. Di antara dapatan kajian ialah terdapat perbezaan pendapat pada kedua-dua tokoh ini bagi menentukan tahap-tahap perawi hadith termasuk perawi yang tidak diketahui dari segi identiti dan sifat-sifat, penerimaan perawi yang hanya diperakui oleh Ibn Hibban, pandangan terhadap perawi dari kategori maskut 'anhum, mudallas, penerimaan ziyadah al-thiqah pada matn dan isnad, dan pandangan mereka terhadap hadith mursal serta hukum penerimaan kategori ini sebagai hujah. Kajian ini juga mendapati bahawa Ahmad Shakir dalam tahqiq beliau, bertasahul (tidak tegas/bermudah) dan telah menyalahi kaedah-kaedah penentuan hadith yang ditetapkan oleh para ulama hadith. Beliau tidak berpegang tegas kepada kaedah-kaedah tersebut yang mengakibatkan beliau mengkategorikan beberapa hadith da'if sebagai sahih. Di samping itu, kajian ini mendapati bahawa Shu'ayb al-Arna'ut dalam tahqiq beliau berpegang kepada kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama hadith,walaupun beliau cenderung untuk berpendirian tegas ketika memberi hukum terhadap perawi hadith.,Ph.D |
Pages: | 478 |
Call Number: | BP136.5.U464 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84598+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 17.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.